Tuesday, August 2, 2016

AKTA MKN BUKAN RAMPAS KUASA AGONG



 AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA yang digubal di bawah kuasa Parlimen mengikut Perkara 74(1) Perlembagaan Persekutuan dibaca dengan butiran 2 dan 3 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (1) perkara 74 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu antara lain, di bawah Senarai Pertama Jadual Kesembilan. 

Oleh itu dakwaan bahawa AKTA MKN 2016 tidak sah (unconstitutional) kerana bercanggah dengan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan 1957 adalah tidak benar kerana sudah jelas hal pertahanan negeri adalah merupakan perkara yang dinyatakan dengan jelas di bawah butiran 2 dan 3 Senarai Pertama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Yang demikian itu menunjukkan bahawa AKTA MKN merupakan undang-undang  di bawah bidang kuasa Parlimen untuk membuat undangundang dan sekaligus berada di bawah bidang kuasa eksekutif Persekutuan bagi tujuan keselamatan negara.

AKTA ini langsung tidak menjejaskan hak asasi yang dilindungi di bawah Perkara 5, 9, 10 dan 13 Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada apa-apa kesalahan dari segi prosedur atau undang-undang sedia ada. Lagipun  AKTA ini bukanlah untuk mengisytiharkan darurat tetapi untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan.

Tidak ada langsung mana-mana perkataan yang membabitkan Perdana Menteri untuk mengambil alih kuasa Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Pengisytiharan darurat hanya boleh dibuat oleh YDP Agong apabila berlaku darurat yang besar (grave emergency) dan bukannya ancaman keselamatan biasa. 

Jika berlaku ancaman yang serius terhadap keselamatan negara yang mana ianya bukannya darurat yang besar, maka dalam tahap ancaman yang rendah membolehkan Perdana Menteri membuat perisytiharan kawasan keselamatan  berbanding tahap ancaman bagi maksud perisytiharan darurat oleh YDPA.

Perisytiharan kawasan keselamatan akan dilakukan apabila berlaku "ancaman yang serius terhadap keselamatan negara dan bukannya "darurat yang besar". Ini bermaksud, tahap ancaman yang membolehkan perisytiharan kawasan keselamatan oleh Perdana Menteri adalah lebih rendah berbanding tahap ancaman bagi maksud perisytiharan darurat oleh YDPA.

AKTA ini juga bertujuan memudahkan anggota keselamatan ATM berkerjasama dengan anggota keselamatan lain dalam menangani ancaman keselamatan. Dalam keadaan dunia yang diancam oleh keganasan, negara kita juga tidak terlepas daripada ancaman keganasan tersebut. Sebelum ianya berlaku kerajaan kita mengambil tindakan yang proaktif bagi menangani kegiatan keganasan sebelum iannya berlaku.Oleh itu kerajaan perlu memperkukuhkan mekanisme dan sistem dalam penggubalan dasar-dasar keselamatan, perkongsian maklumat perisikan dan tindak balas segera yang bersepadu.

SUMBER : Friends of Kedaulatan




 

No comments:

Post a Comment