Thursday, August 4, 2016

RAKYAT MALAYSIA DILINDUNGI DI BAWAH POTA 2015



Malaysia mempunyai undang-undang yang mencukupi bagi memastikan keselamatan dan keharmonian negara terus berkekalan. Antara undang-undang yang dimaksudkan adalah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) telah dikuatkuasakan pada 1 September 2015. Akta ini bertujuan untuk MENGEKANG dan MEMBASMI tindakan terancang PENGGANAS agar keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara. Oleh itu tidak benar dakwaan bahawa POTA menyekat kebebasan bersuara. Kerajaan memerlukan satu kaedah yang membolehkan tindakan keganasan dikekang atau dicegah segera sebelum ianya menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Setelah perlaksanaan POTA kuasa menteri telah diambilalih oleh Lembaga Pencegahan Keganasan. Polis mempunyai kuasa untuk menangkap seseorang individu yang disyaki terlibat dengan keganasan, tetapi selepas 24 jam ditahan polis perlu membawa individu tersebut untuk mendapat perintah tahanan reman di depan majistret. Tempoh reman yang pertama adalah selama 21 hari, namun jika polis merasakan perlu untuk menambah jumlah hari untuk tahanan reman maka polis perlu sekali lagi membawa suspek ke hadapan majistret bagi mendapatkan lagi tambahan 38 hari, maka jumlah keseluruhan adalah 59 hari. Bidang tugas dan penguatkuasaan POTA pula khusus untuk kesalahan-kesalahan di bawah keganasan atau elemen-elemen yang mirip kepada keganasan.

Segelintir rakyat keliru dan menolak Akta ini kerana ia dikatakan penjelmaan semula ordinan darurat dan ISA – tetapi apabila kita melihat keganasan yang berlaku pada hari ini, rakyat dan negara memerlukan satu bentuk undang-undang yang boleh mencegah berlakunya perkara tersebut. Oleh yang demikian , POTA sebenarnya merupakan satu undang-undang yang menjamin keselamatan rakyat dari ancaman keganasan.

Terdapat dua aspek penting yang menjelaskan kenapa negara rakyat dan negara memerlukan POTA;

(i) YANG PERTAMA, kita melihat dari segi ancaman keganasan dalam bentuk global dan serantau. Amat jelas sekali ancaman keganasan semakin serius – dalam memperkatakan ancaman IS, kumpulan ini amat unik dari cara mereka merekrut, cara menyebarkan ideologi dan cara mereka mengunakan media sosial yang diekploitasi sepenuhnya. Semua usaha tersebut sehinggalah kaedah mereka berkomunikasi juga amat sulit untuk dikesan pihak polis. Segala bukti maklumat yang diperolehi amat sukar untuk dibawa ke mahkamah kerana polis tidak boleh mendedahkan sumber maklumat yang diperolehi kerana bimbang ia akan mendedahkan dari mana sumber maklumat itu diperolehi.

(ii) YANG KEDUA, adalah daripada keterangan saksi, pihak polis bimbang terdedahnya identiti saksi yang memberi keterangan dalam perbicaraan. Seterusnya dalam konteks SOSMA kita tidak boleh mengunakan maklumat atau keterangan suami isteri (dalam konteks keganasan) tetapi dalam POTA ia diberi peruntukan khas - sebarang perbualan antara suami atau isteri boleh digunakan sebagai keterangan di mahkamah.

Antara kes-kes yang telah dibicarakan dibawah POTA adalah kes Lahad Datu. Dalam perbicaraan, pihak polis terpaksa mendedahkan peralatan-peralatan yang digunakan untuk memantau seorang suspek. Perkara ini telah terdedah kepada kumpulan pengganas, maka mereka akan mempelajari taktik-taktik baru dan mengunakan maklumat ini untuk mengelak dikesan pada operasi akan datang. Oleh itu adalah amat penting saksi dan maklumat ini dibicarakan dalam keadaan rahsia dan tertutup.

Dengan POTA, pihak polis boleh mengunakan maklumat-maklumat dan bukti-bukti walaupun daripada luar sebagai maklumat risikan yang boleh diguna untuk mengukuhkan atau untuk menjustifikasikan sebarang tindakan atau cadangan kita untuk mengenakan perintah sekatan pada suspek tersebut ataupun untuk mengenakan perintah tahanan. POTA sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada pihak penguatkuasaan undang-undang (Legislatif) berbanding Menteri (Eksekutif).

Paling penting cara kita hendak menangani keganasan adalah melalui pencegahan. Tidak ada gunanya jika sudah berlaku tindakan keganasan baru tindakan hendak diambil, contohnya jika berlaku letupan – kita boleh menangkap 20 orang suspek, menuduh mereka di mahkamah dan sabit kesalahan ke atas mereka, tetapi kita mungkin sudah kehilangan 2000 nyawa maka ketika itu sebenarnya kita sudah gagal. Sebab itulah dalam konteks memerangi keganasan, PENCEGAHAN itu penting.

Sehingga kini jika diperhatikan tangkapan-tangkapan yang telah dibuat, pihak polis telah mendahului mereka dalam mencegah sesuatu perancangan mereka untuk melancarkan serangan keganasan daripada berlaku di Malaysia. Jika tindakan pencegahan ini tidak dibuat, sudah tentu pengganas sudah berada di peringkat akhir untuk menyerang Malaysia dan pemimpin-pemimpin negara.

sumber : Friends of Kedaulatan

No comments:

Post a Comment