Tuesday, June 28, 2016

MASALAH KURANG BAS MUSIM PERAYAAN AKAN DIATASI




Setiap kali musim perayaan kenderaan awam terutama bas express dan keretapi akan menjadi rebutan utama warga kota untuk pulang ke kampung. Apa yang malang sesetengah dari mereka tertipu dengan ulat tiket yang berkeliaran disetiap station bas espres dan keretapi. Masalah kekurangan bas setiap kali musim perayaan adalah pekara biasa. Persoalannya bagaimana usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini. 

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan selain perkhidmatan bas express kerajaan juga telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan pengangkutan awam yang baik seperti kereta api perkhidmatan tren elektrik (ETS) khususnya bagi perjalanan ke utara. Oleh itu pengguna boleh memilih perkhidmatan yang mana satu  mereka hendak  gunakan untuk pulang ke kampung masing-masing. 


Bagi menambah perkhidmatan bas pada musim perayaan ini pihak kerajaan juga membenarkan sejumlah permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) daripada syarikat bas ekspres untuk bas tambahan sempena hari raya kali ini, namun jumlahnya tidaklah tinggi seperti tahun-tahun sebelum. 

Rakyat terutama yang hendak ke utara lebih gemar mengunakan ETS,  oleh itu cerita-cerita tentang bas tak ada pada tahun ini diharap tidak lagi kedengaran.


Dalam satu sidang akhbar ketika mengadakan tinjauan perkhidmatan bas henti-henti, MyBas di sini hari ini Syed Hamid berkata‘‘Tidak banyak syarikat bas ekspres yang memohon LPS iaitu untuk bas tambahan. Jadi saya rasa masalah kekurangan bas ekspres untuk balik kampung pada hari raya seperti dahulu tidak akan berlaku.


Seperti tahun sebelum-sebelum ini masalah yang dihadapi rakyat bukan sahaja berkenaan kekurangan bas tetapi harga tambang yang tiba-tiba naik mendadak juga menjadi masalah kepada mereka. Oleh itu kerajaan perlu memastikan harga tambang tidak berubah pada musim perayaan kali ini. Jangan tiba-tiba pula syarikat bas mengambil kesempatan menaikan harga tambang bas.

KTMB juga diharap dapat meningkatkan lagi perkhidmatan ETS dimusim perayaan ini disamping dapat meningkatkan aspek keselamatan penumpang. Semoga tahun ini Raya menjadi lebih bermakna dan gembira bagi semua rakyat Malaysia.