Monday, May 23, 2016

NASIB GRABCAR DAN UBER KABINET PUTUSKAN



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sudah lama mengambiil perhatian dan rugutan pemandu teksi berkenaan dengan  kewujudan GrabCar dan Uber yang dikatakan telah menganggu punca rezeki mereka. Telah banyak surat, email dan di medium media sosial berkenaan rungutan mereka ini diterima. Namun pekara ini perlu diteliti dan diperhalusi sewajarnya dengan mengambil kira pendapat dan kemahuan rakyat. 

Akhirnya SPAD akan membentangkan kertas kerja akhir kepada Kabinet berkenaan isu perkhidmatan teksi, GrabCar dan Uber dalam tahun ini juga. Pengerusinya. Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kertas kerja peringkat pertama telah dihantar untuk disemak Unit Perancangan Ekonomi. Katanya, "Sebagai pelindung kepada pengangkutan awam darat, kami hendak tentukan bila kerajaan buat keputusan mesti ada Prosuder Operasi Standard (SOP), perlu adil. 

Syed Hamid juga berkata, SPAD turut membentangkan beberapa idea dan cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk diberi pertimbangan bagaimana kaedah perlaksanaan jika kita hendak menerima pemain-pemain lain seperti GrabCar dan Uber dalam industri perkhidmatan teksi ini. 

Syed Hamid menjawab pertanyaan wartawan ketika merasmikan pejabat SPAD Wilayah Selatan. Turut hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah. Pejabat SPAD Wilayah Selatan ini terletak di Menara MSC , Cyberport, Johor Bahru.

Pihak SPAD perlu diberi ruang dan masa untuk melihat perubahan undang-undang selain perlu mempertimbangkan beberapa usaha bagi melaksanakan perlaksanaan teksi yang dikehendaki oleh rakyat dan pengenndali teksi.

Dalam pada itu juga Syed Hamid menyeru kepada pemain-pemain perkhidmatan awam agar menyiapkan diri dengan ilmu dan teknologi baru untuk berhadapan dengan saingan yang lebih mencabar. Mereka perlu ubah strategi dan cara lama dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan jika tidak mahu ketinggalan. 





No comments:

Post a Comment