Monday, May 9, 2016

JENAYAH TONTO TIDAK BOLEH DIBIARKAN



Semakin lama makin biadap sikap samseng tonto yang menjaga kepentingan operasi haram syarikat-syarikat pengangkutan tertentu. Perbuatan mereka tidak boleh dibiarkan dan dimaafkan lagi, tindakan undang-undang yang lebih keras dan tegas perlu diambil.

Ancaman tonto bukanah satu pekara baru bagi JPJ kerana mereka telah lama wujud sejak puluhan tahun dahulu. JPJ menghadapi masalah kerana di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, tidak ada peruntukan dan kuasa yang membolehkan JPJ mengambil tindakan yang berkesan terhadap aktiviti tonto.
Pada asalnya kerja tonto ini hanyalah melaporkan aktiviti agensi penguat kuasa seperti JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada syarikat-syarikat yang berkepentingan.
Namun sejak dua tiga tahun kebelakangan ini mereka mula bertindak agresif sehinggakan mereka berani mengugut, melakukan provokasi kepada pegawai JPJ. Bahkan ada insiden yang berbahaya mereka lakukan seperti menghimpit kenderaan penguat kuasa, menghalang tugas dan ada kes kenderaan JPJ dibakar.
Berikutan sikap melampau itu, JPJ dengan kerjasama PDRM memulakan operasi membenteras ketua-ketua sindiket tonto di Negeri Sembilan, Perak dan Selangor sehingga berjaya menahan sebahagian daripada mereka.
Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad merupakan individu penting disebalik kerjasama erat agensi tersebut dengan PDRM. Ismail berkata JPJ tidak boleh berdiam diri dalam membenteras tonto, namun untuk membasmi aktiviti jenayah mereka peranan agensi-agensi lain perlu dilibatkan bersama.
Tindakan ini mendapat pujian dari orang ramai memandangkan selama ini mereka seolah-olah kelihatan amat berkuasa dan besar kepala sehinggakan jenayah mereka amat sukar dihentikan.
Kepada syarikat-syarikat yang membela tonto ini, Ismail memberi peringatan supaya mengambil tanggungjawab masing-masing kerana apabila mereka terlibat dengan tonto bermakna mereka telah melanggar peraturan.
Syabas dan terima kasih kepada JPJ dan PDRM kerana tidak tunduk dengan jenayah mereka.

sumber : Page Friends of Kedaulatan

No comments:

Post a Comment