Friday, May 20, 2016

"ASEAN INTERNATIONAL ECO-CITY" BANDAR BUDAYA ASEAN DI SHANDONG



Banyak manfaatnya hubungan baik dua hala antara China dan Malaysia. Hubungan baik ini telah membuka laluan kepada China menjalin hubungan diplomatik dengan negara ASEAN yang lain. China pada dasarnya amat menghormati pendirian Malaysia kerana ia merupakan pemangkin kepada hubungan ASEAN- CHINA pada ketika ini. Selain itu hubungan erat dua negara ini juga membawa manfaat kepada rakyat dan ahli perniagaan kedua-duanya.  

Justeru itu apabila tokoh perniagaan terkenal Malaysia, Tan Sri Dato Seri Lim Gait Tong  memperkenalkan satu projek iaitu  "ASEAN International Eco- City" yang bakal dilaksanakan di Daerah Qihe, Shandong, China, ianya bakal memberi impak ekonomi dan sosial kepada kedua-dua negara dan juga negara Asean lain.

Lim  Gait Tong yang juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farlim Malaysia telah melabur sebanyak RM9 bilion dalam projek tersebut sehingga menarik minat konglomerat-konglomerat dari rantau ASEAN  yang memang berminat untuk sama membangunkan kawasan utara negara China.

Projek mega ini akan dijalankan dalam kawasan seluas 10 ribu kilometer persegi dan ianya berkonsepkan dengan budaya negara-negara ASEAN. Projek ini merupakan pembangunan yang bersepadu memenuhi keperluan orang ramai dari semua lapisan masyarakat. 

Antara  fasiliti yang bakal dibina dalam projek Eco - City ini ialah Pusat Antarabangsa Kebudayaan Negara ASEAN, hotel resort spa yang bertaraf lima bintang, pusat persidangan, kemudahan perubatan dan penjagaan kesihatan, pusat penjagaan warga emas, zon perdagangan bersepadu ASEAN, perumahan kondominium mewah serta taman sukan dan rekreasi.

Menurut Lim Chuan Boon, projek bandar ini juga turut mengabungkan perumahan hiburan, rekreasi dan penjagaan kesihatan katanya ketika menerima kunjungan rombongan perdagangan perusahaan kecil sederhana (PKS) Malaysia ke China yang diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong. 

Projek yang dimulai dengan nama  "Jendela ASEAN"ini terlebih akan dilancarkan dan dianggarkan menerima  jumlah pelaburan sebanyak RM1.5 bilion dengan keluasan kawasan 17.3 hektar dan kawasan pembinaan lebih daripada 470,000 meter persegi.

Oleh kerana kawasan ini mempunyai populasi penduduk Islam terbesar, adalah lebih sesuai untuk membina Hab Halal yang bakal menjadi sebahgian besar dalam projek ASEAN International Eco-City. Lagipun penduduk Islam di China lebih besar jumlahnya berbanding di Malaysia. Ini amat memberi kelebihan dan potensi yang besar dalam memasarkan produk halal disini. 

ASEAN International Eco - City ini juga boleh berperanan sebagai pusat pengumpul produk-produk halal yang dihasilkan sama ada dari negara-negara ASEAN ataupun China sebelu diedarkan ke seluruh dunia. Kelak bandar ini akan menjadi salah satu tempat tumpuan dunia terutama pelancong yang ingin membeli belah dan merasai keunikannya. 






No comments:

Post a Comment