Tuesday, April 12, 2016

JPJ PERLU KAJI KAEDAH PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG


Sungguh amat mendukacitakan sekali apabila setiap kali  kita melihat statistik kemalangan jiwa dinegara kita ianya amat tinggi sekali. Malaysia dikatakan antara negara yang paing tinggi kemalangan yang melibatkan kehilangan jiwa.

Oleh itu kita perlu memikirkan satu kaedah, strategi atau tindakan yang mampu mengurangkan kemalangan dalam pada masa yang sama mengurangkan kes kematian dalam kemalangan.   

Pada tahun 2015 sahaja sebanyak 28,579 kes kemalangan dalam perjalanan pergi balik ke tempat kerja dicatatkan. Meningkat dua peratus berbanding kes pada 2014. keadaan ini bukanlah satu keadaan yang baik untuk negara.

Justeru itu  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarahkan untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada dalam usaha memastikan kerja-kerja penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.   

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerja-kerja penguatkuasaan yang telah dijalankan sebelum ini dilihat kurang memberi kesan dalam menurunkan kadar kemalangan, oleh itu  langkah kajian semula undang-undang sedia ada perlu dilaksanakan sebaiknya. 

Beliau juga berharap Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang bakal diperkenalkan nanti dapat dilaksanakan  dengan berkesan.  Apa yang mengecewakan ialah setiap kali penguatkuasaan dilaksanakan, ianya tidak membawa apa-apa perubahan yang diharapkan. 

Dahulu, apabila kita melaksanakan sistem penguatkuasaan automatik (AES) ramai yang tak bayar saman tersebut. Apabila kita buat pula Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara) ia juga tidak berkesan kerana ia membolehkan sesiapa yang membayar kompaun tidak dipotong markah mereka. Ia amat longgar dari perlaksanaan dan banyak masalah. 

Menurut Tiong Lai lagi, kerajaan telah dan akan melaksanakan pelbagai tranformasi dalam JPJ kerana kerajaan amat memahami  peranan jabatan tersebut amat besar dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti, telus dan berintegrti tinggi. 

Antara tranformasi yangtelah dilakukan JPJ adalah seperti melaksanakan perkhidmatan dalam talian. Perkhidmatan ini amat digemari oleh rakyat kerana ianya mudah dan membantu mereka menyelesaikan tugasan dengan senang. JPJ telah banyak menambah mesin-mesin  tersebut di kiosk-kiosk JPJ bagi meningkatkan mutu perkhidmatan disamping memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan. Semua ini merupakan usaha kerajaan dalan menyasarkan semua agensi kerajaan mencapai 90 peratus transaksi dalam talian menjelang 2020.

Selepas ini ada cadangan untuk meletakkan mesin-mesin tersebut  dipasar raya besar agar rakyat dapat menyelesaikan urusan mereka dengan JPJ sambil dapat membeli belah.

Menurut Tiong Lai lagi, bagi menaik taraf dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan JPJ, satu jawatankuasa akan ditubuhkan dalam memastikan perkhidmatan JPJ terus mendapat tempat dihati rakyat serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.  Jawatankuasa ini akan direalisasikan dalam masa tiga bulan lagi.

No comments:

Post a Comment