Saturday, March 19, 2016

PENGARUH HALAL DALAM PENYEDIAAN MAKANAN DI McDONALD's

Walaupun telah berkali-kali penjelasan berkenaan status halal McDonald's yang diiktiraf JAKIM, namun masih ada lagi dikalangan kita menyebarkan cerita tidak benar mengenai status halal makanan di McDnonald's. 

McDonald's bukan sahaja memastikan setiap produk makanannya halal dan bersih, bahkan McDonald's juga memastikan ianya berkualiti dan berkhasiat. Oleh itu orang ramai tidak perlu risau dan ragu-ragu untuk makan di restoran McDonald's.

Artikel sebelum ini saya telah menjelaskan berkenaan status halal pembekal makanan di McDonald's (BACA DISINI) dan bagaimana produk makanan McDonald's diproses(BACA DISINI). 

Kali ini saya ingin berkongsi lagi berkenaan bagaimana halal mempengaruhi penyediaan makanan di restoran McDonald's. 

Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's, Encik Wan Mohd Zam Wan Embong menegaskan bahawa McDonald's mempunyai Jawatankuasa Halal Dalaman mereka sendiri bagi memastikan semua produk dan penyediaan makanan di restoran McDonald's betul-betul menepati piawaian halal. Jawatankuasa ini bekerjasama rapat dengan pihak JAKIM dan penasihat bebas halal McDonald's dalam memastikan semua langkah mematuhi hukum syarak. 

Saya yakin , andaikata jawatankuasa halal ini melihat cara kita menyediakan masakan dirumah, saya belum berani jamin makanan masakan kita akan mendapat status halal seperti yang dikehendaki oleh JAKIM. Ini kerana prosuder penilaiannya sangat ketat kerana produk ini akan disediakan kepada pelanggan. Oleh itu keselamatan dan kesihatan pelanggan amat-amat dititik beratkan. 


Antara tugas Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's ini antaranya ialah memantau cara penyediaan makanan itu disediakan, meneliti dan memperhalusi standard halal di McDonald's. Adalah sangat penting bagi McDonald's mengawasi penyediaannya dari semasa ke semasa. Ini akan menjadikan setiap staf yang menjaga makanan di restoran McDonald's begitu berdisiplin.



Selain itu McDonald's juga mempunyai dua individu arif tentang halal yang juga dikenali sebagai Penasihat bebas halal.Menurut Ustaz Khairuddin, peranan mereka antaranya ialah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dua hala, membuat lawatan ke tempat pemprosesan, pengedaran dan penyimpanan dalam usaha meninjau dan melihat sendiri tahap pengeluaran yang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh JAKIM disamping memastikan kualiti produk terjamin. 

Sebagai penasihat bebas halal, Profesor Madya Dr. Muhd Fauzi berkata perkara pertama yang menjadi keutamaannya ialah kebersihan dan kehalalan produk McDonald's. Keyakinan masyarakat terhadap produk McDonald's  adalah amat penting bagi McDonald's. Bukan makanan sahaja mesti halal, tetapi cara penyediaannya kepada pelanggan pun mestilah bersih dan bermutu disamping mengekalkan kemesraan kepada pelanggan.



Setiap restoran McDonald's menyimpan stok tidak lebih dari 3 hari yang mana semua ini diuruskan oleh satu pusat logitik yang mengurus semua stok McDonald's. Masa memunggah stok pula ditetapkan dalam masa setengah jam bagi mengelakan produk terdedah terlalu lama dengan suhu luar. Terutama makanan sejuk beku yang mana suhunya perlulah mengikut standard McDonald's semasa diterima.