Sunday, March 20, 2016

TEGUR TUN M BERMAKSUD ARAHAN

Kita akan dianggap biadap dan tak kenang budi apabila menjawab dan membalas teguran Tun Mahathir.

Apa yang Tun Mahathir tegur...???

1- Tun M tegur suruh Najib letak jawatan PM kononnya Najib telah merosakkan ekonomi negara dengan melaksanakan GST dan meminta GST dimansuhkan. Sedangkan ramai rakyat mendapat manfaat daripadanya.

2. Tun M tegur suruh Najib letak jawatan PM kerana kononnya Najib ada kaitan dengan Altantunya, padahal semuanya telah terjawab di Mahkamah dan diakui oleh Sirul yang DS Najib langsung tidak terlibat.

3. Tun M tegur suruh Najib letak jawatan PM kerana alasannya Najib mengunakan 1MDB untuk berhutang 42 bilion. Walaupun DS Najib sudah jelaskan semua hutang RM 42b adalah hutang terkumpul 1MDB dari pembelian Penjana Kuasa Elektrik Bebas (IPP) , pembelian hartanah untuk pembangunan dan penerbitan Islamik Bon.

4. Tun M tegur suruh Najib letak jawatan PM kerana TIDAK puashati penjelasan Najib berkenaan derma RM2.6b dari keluarga  diraja Arab Saudi dan bukannya dari songlap duit 1MDB seperti dakwaan WSJ. Walaupun Keluarga Diraja Arab sudah mengaku, Tun M tidak mahu mempercayainya kerana lebih Yakin dengan dakwaan WSJ.

Pendek kata tegur cara Tun Mahathir bukanlah nasihat untuk membetulkan atau mahu memberi pandangan.

Tegur Tun Mahathir adalah bermaksud arahan yang wajib ditaati. Itulah cara tegur Tun Mahathir.Jika tidak ikut tegurannya, kita akan dilabel biadap, kurang ajar dan tidak hormat negarawan.

Perlulah kita patuh pada semua teguran Tun Mahathir...???

No comments:

Post a Comment