Wednesday, February 3, 2016

7 LALUAN BAS DISUSUN SEMULA DI DUA KORIDOR : SPAD


Sejak langkah penyusunan semula rangkaian bas henti-henti  (BNR) dilaksanakan sejak awal disember tahun lalu, pelbagai masalah dan rungutan pengguna terhadap perlaksanaannya. Banyak rungutan berkenaan syarikat bas yang tidak mematuhi masa menunggu seperti yang dijanjikan. Oleh itu SPAD menjadi tempet mereka meluahkan masalah dan melepaskan amarah. 

Namun seperti yang dijanjikan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sentiasa membuat penambahbaikan serta mengatur semula beberapa laluan yang sering mendapat rungutan pengguna.

Justeru itu SPAD telah menyusun semula rangkaian bas henti-henti (BNR) bagi memastikan permintaan tinggi di setiap koridor mendapat perkhidmatan lebih baik.

Tujuh laluan bas di koridor yang dikendalikan oleh Metrobus iaitu Sungai Besi dan Klang Lama kini  akan dikendalikan oleh Nadi Putra dan RapidKL berkuatkuasa 1 Februari lepas.

Laluan-laluan tersebut ialah :

1- Laluan 523 - Dengkil -IOI City Mall melalui Putrajaya / Cyberjaya .
2- Laluan 608 - IOI Mall Puchong - Dengkil melalui Pulau Meranti.
3- Laluan 541 - Pasar Borong Selangor - IOI Mall Puchong.
4- Laluan 671 - Flat Enggang Kinrara - HAB Pasar Seni.
5- Laluan T570 - UPM-KTM Serdang melalui Serdang Jaya.
6- Laluan T601 - Puchong Prima -  Saujana Puchong melalui Puchong Utama.
7- Laluan 670 - PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni.

Bagi perkhidmatan laluan 523, ianya ditukar sebagai laluan 521 dengan waktu mula operasi dari jam 6:30 pagi  hingga jam 11 malam dengan jadual anggaran kekerapan ialah setiap 30 minit.

Manakala bagi laluan dari IOI Mall Puchong ke Putrajaya Sentral yang melalui Pulau Meranti ditukar dari 608 kepada 503. Ia bermula operasi seawal jam 6 pagi hingga 11 malam setiap dengan kekerapan 30 minit.

Sementara itu bagi laluan 541, ianya telah disusun bermula dari Flat Enggang Kinrara Pasar Borong Selangor - KTM Serdang  beroperasi dari jam  6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 40 minit.

Bagi laluan 671 waktu mula operasi dari jam 6:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 45 minit.

Manakala bagi laluan T570 waktu mula operasi jam 6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit.

Hanya laluan T601 sahaja dibahagikan kepada dua laluan iatu laluan Puchong Prima - Puchong Utama, manakala T602 pula bagi laluan Saujana Puchong - Puchong Utama. Kedua-dua laluan beropersi dari jam 6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit setiap bas.

Untuk laluan 670, ianya teah disusun semula sebagai 651 yang bermula dari taman OUG-PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni dengan waktu operasi bermula dari jam 6 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit setiap bas.

Semoga perubahan dan penambahbaikan ini akan memberi kebaikan kepada orang ramai terutama dikawasan yang berkenaan.

Orang ramai perlu tahu bahawa BNR ini bukanlah satu perlaksanaan yang statik. SPAD sentiasa  bersedia untuk mengkaji dan menambaik  semula laluan dalam rangkaian BNR berdasarkan aduan dan maklum balas pengguna. Oleh itu orang ramai perlu mengunakan hak mereka dengan bijak.




No comments:

Post a Comment