Monday, August 10, 2015

Dana Usahawan Muda (YEF)



Dana Usahawan Muda (YEF) adalah sebuah dana khas yang diwujudkan oleh Kerajaan khusus untuk golongan belia sebagai salah satu strategi berterusan untuk membudaya dan membentuk usahawan dikalangan belia di Malaysia.
Konsep Pembiayaan
Pembiayaan adalah berlandaskan Syariah (Bai’ Inah, Bai’ Bithaman Ajil, Ijarah, Ijarah Thummabai’, Bai’ Istisna)
Tujuan & Margin Pembiayaan
Keperluan Modal Pusingan
Jenis Modal Pusingan
Margin Pembiayaan
Modal Pusingan – Pembelian bahan mentah, stok, kos overhead, ubahsuai, promosi & pengiklanan dllSehingga 100%
Nota:
  • ‘Reimbursement’ adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan
Pembelian Aset Perniagaan
Jenis Aset
Margin Pembiayaan
Alat-alatan kecil, mesin & peralatan, peralatan pejabat, kenderaan dll
  • Baru
Sehingga 95%
  • Terpakai/ Dibaikpulih
Sehingga 70%
Nota:
  • Pembiayaan semula adalah tidak dibenarkan
  • ‘Reimbursement’ adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.
Had Pembiayaan
Minimum : RM20,000
Maksimum: RM100,000
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 7 tahun termasuk maksimum 1 tahun tempoh pernafasan (‘grace period’)
Kadar Keuntungan Efektif
5% setahun (‘Annuity Monthly Rest’)
Kelayakan
  • Belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang memiliki perniagaan.
  • Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan pendaftaran bertauliah sama ada pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn Bhd.
  • Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon yang berstatus Belia mestilah individu yang memegang perkongsian/ saham majoriti melebihi 51% DAN individu Belia tersebut adalah pembuat keputusan utama dalam firma/ syarikat.
  • Memiliki kelayakan minimum Sijil Keusahawanan/ Sijil Vokasional atau sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam perniagaan yang hendak dibiayai.
  • Pemohon yang tidak memiliki Sijil Keusahawanan/ Sijil Vokasional boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon menyertai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), SME Bank
  • Syarikat/ firma yang baru bermula (‘start-up’) boleh dipertimbangkan.