Sunday, April 17, 2016

DINDINGS POULTRY PROCESSING SDN.BHD. KILANG PEMPROSESAN AYAM McDONALD's PATUHI STD SYARIAH DAN HALAL


Rakyat Malaysia antara rakyat yang cukup sensitif dengan status halal dan kebersihan sesuatu makanan terutama mereka yang beragama Islam. Makanan halal dan kebersihan adalah pilihan utama selain keenakannya. Halal dan haram sangat signifikan dan berkait rapat dengan makanan dan minuman secara literal.  Dalam masyarakat Islam pengambilan dan penggunaan sesuatu makanan dari sumber yang haram boleh menjadi penyebab sesuatu doa tertolak dan tidak dimakbulkan.

 Di Malaysia, persoalan halal dan haram telah melangkaui ke era pengurusan, penyelidikan dan pengukuhan prinsip. Kerajaan juga telah memberikan perhatian yang serius ke atas semua produk makanan dan perkhidmatan merangkumi segala bentuk prosuder dan prosesnya dengan menetapkan logo halal. Orang Melayu Islam amat sensitif dengan isu halal dan haram dalam makanan dan perkara ini sentiasa menjadi perhatian mereka.

McDonald's sedia maklum peraturan ini dan telah berusaha mematuhi semua aspek yang menjadi keperluan dalam mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JAKIM. Oleh itu McDonald's amat teliti dalam memilih pembekal yang dapat mematuhi piawaian yang di tetapkan oleh JAKIM.

Baru-baru ini kami dijemput oleh McDonald's ke kilang menternak dan pemprosesan ayam di Setiawan Perak. McDonald's mempunyai kilang menternak dan pemprosesan sendiri untuk diedarkan ke setiap restoran-restorannya di seluruh negara iaitu Dindings Poultry Proessing Sdn. Bhd. (DPP).

Untuk memasuki kilang ini beberapa peraturan perlu diikuti antaranya semua bahan logam di badan perlu ditanggalkan., Selain itu setiap pelawat perlu berada didalam kesihatan yang baik. Mereka yang demam dan sakit tidak dibenarkan masuk. Bagitu ketat sekali kawalan yang dilaksanakan bagi menjaga kualiti dan kebersihan produk McDonald's.

Apa yang istimewa dengan kilang DPP ini ?

Kilang DPP ini dilengkapi teknologi morden dan canggih yang mana penyembelihnya mematuhi hukum syarak dan halal. Pusat ternakannya juga dilengkapi dengan teknologi morden. Jika anda lihat dalam foto dibawah , dinding-dindingnya dilengkapi dengan kipas bag yang banyak. Ini bagi memastikan suhu dalam reban ayam dapat dikawal dalam lingkungan antara 25 ke 29 darjah celcius. Pengaliran udara yang semulajadi adalah amat penting bagi memastikan keadaan ayam sentiasa segar dan sihat. Begitu ketat dan teliti kawalan terhadap ayam ini.


Jika kita ke pasar atau tempat penyembelihan ayam biasanya kita akan bau ayam, darah dan najis ayam, tetapi di DPP semua ini tidak berlaku. DPP amat mementingkan kebersihan luaran dan dalaman kilangnya. Begitu sekali kesihatan ayam ini dijaga kualitinya. Jadi anda memang tidak perlu khuatir lagi berkenaan kebersihan dan kualiti produk McDonald's.


Antara fakta menarik tentang kilang DPP ini ialah ada 18 orang sahaja yang bekerja untuk menyembelih ayam di kilang ini.  Dari 18 ini ia dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  Setiap kumpulan yang terdiri dari 5 orang  akan menyembelih lebih kurang 3500 ekor ayam. Setelah selesai 3500 ekor ayam disembeih kumpulan kedua akan menyambung tugasan sembelihan tersebut. Kesemua mereka dianggarkan meyembelih 80,000 ke 85,000 ekor ayam. Bayangkanlah dengan jumlah yang begitu banyak ayam yang hendak diuruskan. Jika tidak benar-benar diuruskan dengan teliti tentu amat sulit menguruskan kebersihan dan kelancaran operasi sehariannya.

Namun begitu penyembelih yang bertugas ini bukan calang-calang yang dipilih. Mereka ditapis dengan teliti dan mempunyai kelayakan dan sijil menyembelih yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam negeri. Ini bagi memastikan penyembelih ini mempunyai kelayakan dan mematuhi syarak.


Untuk pengetahuan, pisau sembelihan yang digunakan akan ditukar setiap enam bulan sekali. Ini bagi memastikan kualiti sembelihan terjaga. Semua operasi didalam kilang DPP amat dikawal dengan ketat dan dikawal dengan rapi.

Dalam pada itu Jabatan Agama Islam Negeri akan selalu memantau dan membuat pemeriksaan secara rawak bagi memastikan kesempurnaan penyediaan ayam sembelihan di DPP mengikut syarak dan halal. Ini merupakan satu langkah yang baik bagi memastikan kilang penternakan dan pemprosesan DPP mengikut piawaian syarak dan halal.