Ketika sebahagian pengkhianat negara bersorak riang merasa gembira apabila kononnya FGV terkeluar dari bursa saham Kuala Lumpur, ramai yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di Bursa Saham. Apa yang berlaku sebenarnya ialah FGV tidak lagi berada dalam 30 senarai syarikat yang sahamnya bernilai tinggi. Bursa Saham bukanlah tempat orang jual kacang putih, hari ini ada esok dah habis.
Untuk pengetahuan semua, Bursa Malaysia hanya mengambil 30 syarikat dari hampir 1000 yang tersenarai sebagai penanda aras.Kebanyakkan syarikat ini adalah antara yang berkualiti dan mewakili hampir setiap sektor yang ada di Bursa Malaysia.
Berbalik kepada FGV, semasa ianya disenaraikan pada tahun 2012, nilai pasaran FGV mencecah RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60 - sesaham, seterusnya meletakkan FGV diantara 30 syarikat yang bernilai tinggi pada waktu itu.
Apabila nilai saham FGV turun lebih kurang RM7 bilion, secara automatik tempat FGV dipapan utama Bursa Saham turun, bukan terus terkeluar. Ini adalah salah faham yang dibuat oleh pembangkang dan rakyat jangan mudah terpedaya dengan dakyah songsang mereka.
Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin, FGV hanya terkeluar daripada senarai 30 yang paling tinggi di Indek Komposit. FGV masih lagi diniagakan di pasaran utama bursa setiap hari.Jika harga saham FGV meningkat semula, tidak mustahil dalam masa beberapa bulan FGV boleh kembali berada dalam top 30.
Dalam Indek Komposit bukan hanya ada 30 syarikat yang menjalankan urusniaga, ada lebih kurang 800 ke 1000 syarikat yang tersenarai dalam bursa tersebut, mereka juga mengalami pekara yang sama dan memang menjadi pekara biasa, cuma kerana FGV ini berkait dengan FELDA maka pembangkang menjadikannya isu besar.
Bahkan ada syarikat yang berada dikedudukan nombor 300, tetapi perniagaan masih lagi berjalan seperti biasa. Jangan bimbang FGV masih lagi mencatat keuntungan walaupun mengalami penurunan berbanding penggal pertama. tambahnya Datuk Noor Ehsanuddin ketika ditemubual selepas mempengerusi mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Pencari Fakta (AIFOCOM) Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi memerangi ancaman Dadah di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment