Ibunya terbabit dalam kemala­ngan ngeri apabila dirempuh kereta api di tanah airnya pada tahun 1998, ketika Aidana baharu berusia 8 tahun dan tarikh 4 April 2015 pula menjadi saksi gadis cantik itu maut di bumi Malaysia.

Menurut Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov, ha­kikat itu menyebabkan bapa Aida­na sukar untuk menerima hakikat bahawa anaknya itu sudah mati, sebaliknya masih mempercayai gadis tersebut masih hidup.

“Kami sudah pun memaklumkan kepada keluarganya di Kyrgyzstan. Bapanya juga sudah dimaklumkan, tetapi sukar baginya menerima berita itu, sebaliknya percaya Baizieva masih hidup. Aidana merupakan anak tunggal.

“Apa yang kami tahu ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 8 tahun dalam kemalangan keretapi di Kyrgyzstan. Sebab itu bapanya, tidak dapat menerima hakikat apa yang berlaku,” katanya sebagaimana dipetik daripada portal.

Dalam pada itu, Kylychbek menambah, kali terakhir Aidana bertemu dengan bapanya ialah tiga bulan lalu ketika beliau datang melawat Kuala Lumpur.

Mengenai status hubungan Ai­dana dengan Kapten Clifford Fournier, beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, gadis itu memang kenalan rapat kepada juruterbang helikopter jenis AS365 Dauphin tersebut.