Manusia memilih angka sebagai satu takrifan mereka kepada kemenangan atau kelebihan mereka dalam sesuatu pekara, contohnya,
apabila mendapat markah yang tinggi didalam peperiksaan,
apabila dipilih menjawat sesuatu jawatan kerana mendapat undi mejoriti,
apabila mendapat gaji / upah yang tinggi,
apabila ukuran tingginya melebihi orang lain,
apabila memiliki umur yang panjang dari orang lain,
apabila mempunyai jumlah pengikut yang ramai,
dan pelbagai lagi angka-angka yang mereka cipta untuk mengembirakan hati mereka.
Itulah indikator mereka dalam mentakrifkan sesuatu kelebihan mereka miliki. Pada mereka jika ramai orang bersetuju dengan pendapat mereka bermakna mereka brada dipihak yang benar.
Pembangkang di Malaysia menyatakan bahawa jumlah undi popular yang mereka perolehi 52% menunjukkan mereka mereka menang dan berada di pihak yang benar. Mereka mendesak diberi tampuk pemerintahan kerana jumlah undi popular mereka lebih dari Barisan Nasional, walaupun sistem pengundian di Malaysia tidak mengamalkan cara undi popular. Namun pada mereka, mereka lah juara sebenar.
Saya mempunyai banyak hujah untuk menyanggah pendapat ini dalam pelbagai cara, namun saya yakin mereka tidak akan menerimanya. Bukan kerana apa yang saya sampaikan itu tidak benar, tetapi kerana keegoan dan ketaksuban mereka kepada ideologi yang mereka yakini.
Saya suka mengambil contoh dalam peperangan Badar, tentera Islam hanyalah berjumlah 313 orang sahaja berbanding dengan tentera musyrikin Mekah yang berjumlah 1000 orang. Jika mengikut dalam kertas, logiknya tentera Islam kalah. Namun kehendak Allah berbeza.
Begitulah juga adalah kurang tepat andai kita mentakrifkan kebenaran itu berdasarkan mejoriti manusia mengangkat kita sebagai pemimpin mereka. Ini kerana Nabi Nuh a.s mempunyai pengikut paling sedikit walaupun usaha dakwahnya menghampiri seribu tahun ...???
Nabi Allah Lut a.s juga mempunyai kisah yang hampir sama, mejoriti kaumnya yang lelaki lebih suka seks sesama jenis. Adakah kerana mejoriti memilih untuk seks sesama jenis mereka boleh dianggap betul...??? sudah tentu tidak. Suara Mejoriti tidak menjadikan ianya benar.
Adakah kemenangan Amerika ke atas Iraq membuktikan mereka benar ? Sehingga hari ini setelah membunuh beratus ribu rakyat Iraq, senjata pemusnah besar-besaran yang dicanangkan mereka kesantero dunia masih tidak kelihatan. Kejayaan mereka menumbangkan Regim Saddam Hussain di Iraq tidak membuktikan mereka di pihak yang benar.
Wallahualam,
No comments:
Post a Comment