Wednesday, March 25, 2015

DAP TAK AKAN PERNAH SETUJU DENGAN HUDUD - Datuk Mashitah Ibrahim



"Menurut Kit Siang, apabila Pas dan Umno saling berjuang menegakkan agama Islam, ini tidak baik untuk demokrasi dan hak asasi rakyat, boleh menjejas kemajuan ekonomi dan persaingan antarabangsa serta membantut usaha mengekalkan Malaysia sebuah negara sekular"
Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

Penentangan DAP kepada perlaksanaan hudud di Malaysia bukan pekara baru. Sudah sekian lama DAP menwar-warkan penentangannya kepada apa sahaja yang berkaitan dengan Islam terutama hudud.  DAP juga mengulangi pendirian bahawa semua parti komponen Pakatan Rakyat hanya perlu berpegang kepada aspirasi DAP sahaja yang telah diubah suai menjadi "semangat Dasar Bersama" melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR. DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana  kononnya ia bercanggah dengan Perlembagaan. Bagi DAP seinci pun tidak akan mengubah pendiriannya terhadap perlaksanaan hudud di Malaysia.

Kelulusan sebulat suara Rang Undang- Undang (RUU) Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan khamis lalu bagaikan menyimbah minyak keatas api yang selama ini telah merebak dalam sekam Pakatan Pembangkang. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP melemparkan tuduhan terhadap PAS sebagai pengkhianat, tidak jujur dan tidak bermaruah kepada Aspirasi Pakatan Rakyat kerana berkerjasama dengan UMNO merealisasikan perlaksanaan hudud di Kelantan. 

DAP yang selama ini dilihat membuli dan memperkadukkan PAS kita telah di "checkmate" oleh tindak berani PAS. Dalam masa yang sama Tuan Guru Hadi Awang turut memberi kata dua kepada DAP agar jangan masuk campur urusan PAS atau DAP boleh keluar dari pakatan. Bagi PAS, DAP bukan sahaja bersikap kurang ajar malah tidak menghormati dasar perjuangan parti Islam. 

 Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Mashitah Ibrahim, Hubungan "cinta" PAS dan DAP ini bukan hari ini saja bergelora. Sebelum ini dalam Barisan Alternatif bersama Semangat 46, PAS dan DAP bertelagah dalam isu yang sama, ketika itu PAS dibawah pimpinan Dato Ustaz Fadhil Noor bergabung dengan Parti Semangat 46 dan DAP dibawah Lim Kit Siang. 

Menurutnya, PAS ketika itu menolak satu persefahaman yang dipanggil "Pendirian Lima Perkara". Antara intipati lima pekara tersebut ialah; 
1)Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu 
2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam  
3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu 
4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan 
5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.

"Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam.

Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.

Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir". tambah Datuk Mashitah Ibrahim didalam akhbar sinar harian.


Apa yang lebih mendukacitakan PAS masih lagi sangsi dengan ketulusan UMNO menyokong penuh perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Dalam satu kenyataan AJK PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan dalam KENYATAAN dalam akaun FBnya berkata, berdasarkan rekod lama UMNO, PAS tidak boleh bergantung harap kepada mereka (UMNO).

Anakanda Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, YB Nik Abduh Nik Aziz pula melahirkan hasratnya untuk melihat ketulusan UMNO menyokong RUU ini. 

Seluruh muslim Malaysia mengharapkan UMNO ikhlas memberi sokongan kepada RUU pindaan di parlimen nanti yang akan membolehkan pelaksanaan kanun jenayah syariah (hudud) di Kelantan.
Doakan UMNO ikhlas menyokong. Anda tahu PAS takkan rugi apa-apa jika UMNO hanya bersandiwara. Peranan PAS adalah pada tahap dan upayanya. Allah tidak menuntut lebih daripada itu.
Istiqamah adalah jalan PAS. Tiada putus asa menyeru kesatuan ummah di atas jalan Islam yang dilakar baginda صلى الله عليه وسلم.
Doakan UMNO ikhlas menyokong. Walau benci, anda sia-sia jika harapkan UMNO mungkiri janji semata-mata kerana kepentingan politik, politik, politik." Nik Abduh Nik Aziz.

Dalam kepelbagaian pendapat PAS dan UMNO, diharap titik pertemuan yang baru berputik ini janganlah disia-siakan. Usahlah diharapkan kepada mereka yang membenci Islam untuk menyokong usaha murni ini. UMNO telah lama membela Islam ketika PAS sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah bersama DAP. UMNO juga yang mengejutkan PAS dari lamunan dan khayalan di siang hari. Setelah pelbagai hinaan dan kejian melampau DAP kepada PAS dan peribadi Presiden seharusnya PAS celik dan sedar diri bahawa "mereka tidak sesekali redha dengan agama Islam". Kembalilah kepada Islam yang sebenar, kukuhkan penyatuan Ummah.

Wallahualam.







No comments:

Post a Comment