Tidak semestinya hendak meninggikan syiar Islam melalui parti politik, syiekh kadir aljailani berjaya mengubah penduduk Iraq melalui ilmu dan akhlak mulia....ikut cara rasulullah. Ada parti pun bukan menjadi satu kesalahan asalkan tidak menjadi satu medan untuk umat Islam berpecah belah.
Kita mengutuk sistem barat sistem thoghut, sedangkan kita mengunakan sistem demokrasi ini untuk bercakaran sesama sendiri.
Kononnya dalam sistem ini pembangkang seharusnya sentiasa membangkang walaupun sesuatu dasar itu baik untuk rakyat, negara dan juga agama. Maka dengan ini pembangkang dilihat berfungsi sebagai pembangkang. Cuma bila bab elaun dinaikkan tak ada pula nak bangkang.
Apa pun sistem digunakan tetap akan ada kelemahannya walaupun sistem Khalifah sekalipun. Kerana jika manusia yang mentadbirnya tidak bersih, cekap dan amanah dalam menjalankan tugasnya. Selagi pemimpin itu sendiri tidak mendidik dirinya dan pengikutnya dengan mentaati perintah Allah SWT dan RasulNya selagi itulah masalah dalam pentadbiran tidak berkesudahan.
Penulis sekadar memberi pendapat. MFH.
No comments:
Post a Comment