Thursday, February 7, 2013

PAS CERAIKAN NASHA DEMI CINTANYA KEPADA DAP.

CINTA ITU BUTA. Hanya kerana cinta buta PAS kepada DAP, PAS sanggup menceraikan talak 3 kepada Nasharuddin tanpa memberi ruang kepada Nasharudin membela diri. Beginikah keadilan yang PAS laung-laungkan? Kita masih ingat betapa PAS mencaci UMNO hanya kerana memecat Anwar Ibrahim kerana didapati mempunyai moral yang teruk. Anwar Ibrahim ketika itu diberi peluang oleh UMNO untuk membela di mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO. Dia boleh dengan bebas mempertahankan dirinya, ambillah masa berapa jam pun dia nak cakap. 
Namun PAS pula , isu apa yang membolehkan Nasharudin di pecat ...??? Adakah hanya kerana Nasharudin mengikuti rombongan DS Najib ke Gaza menyebabkan dia dipecat ? atau hanya kerana tidak menghadiri mesyuarat dia di singkirkan ? Adakah kedua-dua itu isu moral yang teruk sehingga pimpinan PAS tidak memberi ruang untuk dia membela diri seterusnya  memecat beliau ? Penulis ingin tahu , hukum-hakam Islam yang mana satu PAS gunakan dalam isu pemecatan  ini...???


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Pas tidak mempunyai keberanian untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana parti itu terlalu bergantung kepada DAP.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis berkata, Pas cukup sayang kepada DAP sehingga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup meraikan sambutan hari lahirnya bersama Pengerusi DAP, Karpal Singh.
"Pas takut kalah kalau keluar daripada pakatan pembangkang, jadi takkan hendak 'bercerai' dengan DAP.
"Bercerai dengan Nasharudin (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa) tidak apa tetapi bukan dengan Karpal," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Dr. Mahathir melancarkan buku bergambar bertajuk Antarctica: Malaysia's Journey To The Ice oleh Pusat Penyelidikan Nasional Antartika di Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.
Yang turut hadir, isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon dan Pengarah Pusat Penyelidikan Nasional Antartika, Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah.
Beliau mengulas desakan Nasharudin supaya Pas meninggalkan pakatan pembangkang dan bergerak bersendirian bersandarkan kekuatannya jika mahu kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Tegas Nasharudin, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ehwal dalaman telah melunturkan kekuatan Pas.

http://teamediaselangor.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment