Iraq diserang kerana WSJ, CNN, DoJ, BBC menuduh Iraq membina senjata kimia yg berbahaya "WMD" Weapon of Mass Destruction.
Natijahnya Iraq dijajah atas sesuatu perkara yang tak wujud. 500 ribu kehilangan nyawa dalam peperangan dan lebih 300 ribu lagi selepas peperangan.
Angka ini tak rasmi, mungkin kurang- mungkin lebih. Senjata yang dicari bukan sahaja tidak jumpa tetapi yang lebih mendukacitakan ia sebenarnya tak ada. "Fake News". Berita palsu, Fitnah.
Pembangkang Iraq yang tidak sabar untuk menjatuhkan Saddam dengan menfitnah kononnya Saddam zalim dan membunuh rakyat Iraq dengan senjata biologi, kimia.
Tony Blair, Perdana Menteri Britain akhirnya mengaku dan meminta maaf kepada dunia khususnya rakyat Iraq diatas penjajahan yang kononnya tidak disengajakan.
Kaum Syiah yang selama ini cuma 20% ke 30% kini menguasai tampuk pentadbiran negara. Manakala kaum Sunni di buru, dizalimi dan ada yang dibunuh.
Ketika Umat Melayu Islam Malaysia masih lagi terkinja-kinja dengan Malaysian Idol, Akedemi Fantasia, Mentor... Umat Islam Iraq setiap hari di bunuh, biasanya dibunuh tanpa ada sebab yang wajar melainkan kebencian yang meluap-luap.
Hari ini cerdik pandir di negara kita pun tak kurang hebatnya. Hebat kerana hari-hari mereka baca Economist, WSJ, Bloomberg Businessweek dan lain-lain lagi.
Segala berita dari majalah barat tersebut bagaikan "sabda" dan "wahyu" yang tidak boleh dipertikaikan langsung. Jika sesiapa berani mempertikaikan mereka akan dianggap menderhaka kepada NOVUS ORDO SECLORUM atau lebih mudah dikenali sebagai "New World Order".
Jelas sekali apabila Sarawak Report, WSJ dan Malaysia Kini menyerang Kerajaan Malaysia atas alasan 1MDB mencuri wang rakyat, pembangkang Malaysia yang berkiblatkan barat tanpa usul periksa terus menggunakan berita tersebut sebagai peluru untuk menyerang Perdana Menteri untuk menjatuhkan kerajaan.
1MDB di lihat sebagai musuh paling bahaya kepada Pakatan Pembangkang kerana telah banyak menyusahkan "tokey-tokey" besar terutama apabila mengambil alih IPP milik Tuan Besar mereka.
Lebai-lebai pun tak nak ketinggalan dalam meneruskan menyebar fitnah dan cerita separuh benar ini. Mereka terus percaya tanpa usul periksa. Disetiap ceramah agama diselitkan sama dengan cerita-cerita 1MDB. Kalau tak cerita nanti kurang pula hebat mereka dikalangan pendengar taksub lagi setia.
Mereka terlupa Allah Taala berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 6 " Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".
Kita hari ini telah menerima sedikit musibahnya, kita telah hilang rasa kasih kepada sesama saudara. Sedangkan Nabi SAW bersabda,"tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".
Namun apa boleh buat, lebai-lebai ini pun sudah terlupa ...alpa...atau seangkatan dengannya. Dek kerana terlalu dibuai nafsu kebencian kepada pemerintah atau lebih tepat kepada Perdana Menteri, berita dari kaum kafir dan fasik dijaja dalam ceramah-ceramah mereka.
Begitulah serba sedikit keadaan umat Islam hari ini yang begitu parah nilai keimanan, ketakwaan dan persaudaraan mereka. Sehinggakan mereka diperkotak katikan oleh NOVUS ORDO SECLORUM.
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment