Saturday, June 21, 2014

HENDAK JADI APA KITA INI ...???


Amat malang bagi seorang insan yang di bekalkan dengan pelbagai bekalan yang maha lengkap dalam perjalanannya, namun dia meninggalkan segala bekalan tersebut.

 Lantas meraba-raba mencari bekalan ganti yang tidak seberapa. Dia meninggalkan makanan lazat berkhasiat yang di bekalkan, lalu mencari serpihan makanan di tepi-tepi jalan .

Dia meninggalkan bekalan cahaya yang di sediakan, lalu berpandu rabaan tongkat dalam kegelapan.
Demikianlah hal umat Islam pada hari ini.

 Bekalan ajaran Islam yang disediakan oleh Allah dan Rasul-Nya begitu indah dan hebat.
Namun kita mencampaknya ke tepi.


Kita mencari hidup dengan panduan baru . Maka kita bukan sahaja tidak cemerlang , bahkan sentiasa kelihatan ketinggalan dalam dunia persaingan. 

Sebabnya orang lain walaupun tanpa panduan wahyu telah lama berfikir dan mengasilkkan pelbagai pekara dalam mengharungi tamadun hidup berdasarkan kefahaman mereka. Sedangkan kita baru hendak bermula.

No comments:

Post a Comment