Sunday, February 8, 2015

Ismail Sabri Pahlawan Melayu ?



I'm not a big fan of Ismail Sabri. Saya juga tidak boleh mengangkat beliau sebagai pahlawan Melayu. Belum banyak yang dibuktikan oleh beliau sepanjang beberapa penggal di dalam kabinet. Itu pandangan peribadi saya sebagai pemerhati tetapi saya hormati hak orang lain untuk menjulang beliau. Beliau pernah menghina Mahathir dan Mokhzani keluar dari UMNO. Luka itu tak mungkin saya lupa dalam sejarah politik negara kerana saya biasanya buang kacang buruk dalam tong sampah.

Namun begitu, saya puji usaha beliau hari ini melancarkan pasar tani yg menjual barangan 5 - 20% lebih murah. Rakyat digalakkan membeli barangan memasak di pasar tani yg rata-ratanya disertai oleh peniaga Melayu. Harap kadar harga ini menyeluruh di seluruh Malaysia dan kawalan haruslah di lakukan berterusan supaya ianya bukan sekadar gimmick.

Saya masih menunggu apa pulak tindakan Hassan Malek di kpdnkk. Berapa lama harus kita menunggu menteri yg begitu bersopan santun mencium tangan isteri perdana menteri ini.

Kita parti politik yang paling lama berkuasa di dunia dan kita adalah parti yang terbaik di asia tenggara. Kita hanya angkat menteri yang terbaik dari yang terbaik. Duduk dibangku menteri bukan hanya perlu mendengar dari bawah karpet tetapi juga di bawah pasir yg dipijak rakyat jelata.
Salam santun untuk anak bangsa,