Wednesday, February 4, 2015

ALUNAN PERKAUMAN - Sharifah Zohra Jabeen


"RACIST"..…Negara digegarkan dengan kenyataan sebegini dari pelbagai kaum dan kategori individu. Bagi yang sekadar RAKYAT BIASA, kenyataan ibarat angin lalu berlalu begitu sahaja. Bagi yang mempunyai pengaruh dimedia, harus menghadapi tindakan sehingga ada diantaranya dalam ketakutan melarikan diri bagi mendapatkan perlindungan “DIPLOMATIC”.

Bagi yang BERKEDUDUKAN namun dilihat tidak seberapa penting, tiada pilihan terpaksa menghadapi kecaman dan kehilangan kedudukan sekelip mata.

Bagi yang BERKEDUDUKAN DAN MASIH BERPENGARUH, terus mempertahan dan dipertahankan. Sedar atau tidak didalam Negara berbilang kaum, fenomena ini sentiasa berlaku dan terus berlaku.

Ironiknya, apabila berlaku kenyataan RACIST yang dikeluarkan yang mana pelakunya merupakan Melayu, maka individu ini dikecam oleh pelbagai kaum termasuk kaum Melayu terutama dari puak bertentangan atas dasar mempertahankan kemakmuran Negara.

Sebaliknya apabila si-pelaku merupakan Melayu BERHALUAN KANAN maka serta merta Parti kaum yang tersinggung terus melupakan sengketa antara mereka dan terus bergabung bersatu tenaga menentang kenyataan tersebut, tidak ketinggalan kaum Melayu BERHALUAN KIRI turut bergabung mengecam dan mendesak agar tindakan diambil terhadap individu tersebut tanpa mengambil kira MOTIF PENGGABUNGAN itu yang sebenarnya.

Bukanlah menyokong amalan kenyataan RACIST, namun tidak salah jika dikatakan mereka bukan sekadar mengeluarkan kenyataan malahan dipraktikkan didalam pelbagai sektor di Negara ini, bezanya TIDAK DIUMUMKAN SECARA TERBUKA. Jika tidak disebabkan generasi baru mereka yang gagal mereka kawal, kita tidak dapat mengetahui perkara ini berlaku.
Pendedahan generasi baru mereka melalui laman sosial telah membuka mata kita sehingga membawa kepada kenyataan-kenyataan balas oleh individu Melayu menggunakan kaedah yang sama.

Malangnya apabila kaum mereka mengeluarkan kenyataan RACIST, menghina Raja-raja sehinggalah menghina Rasullullah s.a.w, kaum Melayu tidak seperti mereka, tindakan hanyalah melalui kecaman dan berberapa aduan namun tidak sepertimana mereka, Melayu masih lagi tidak bersatu, masih teguh berpegang pada bendera masing-masing.

Akhirnya samada mereka yang mengeluarkan kenyataan ataupun Melayu yang melakukannya, Melayu juga yang menjadi mangsa utama di penghujung ceritanya.

I’m Sharifah Zohra Jabeen and I approve this message.