Wednesday, January 7, 2015

KELANTAN , NGEH , NGA , NGOK DAN KAMBING




Suatu ketika dahulu pelbagai alasan dan dokumen transaksi ditunjukkan oleh kerajaan Kelantan untuk mewajarkan 'penganugerahan' tanah selama 50 tahun terhadap Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham melalui Upaya Padu Holdings Sdn. Bhd.
Dokumen tersebut sekadar membuktikan tiadanya elemen rasuah dalam penganugerahan tanah berkenaan, meski pelbagai tanggapan menyatakan ia ada kaitan dengan pertukaran perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.
Kerajaan Kelantan pada ketika itu sedaya upaya membuktikan bahawa TIADA MELAYU KELANTAN dan/atau Malaysia yang layak dan mampu mengusahakan tanah seluas 4,000 ekar yang diberikan kepada Upaya Padu Holdings Sdn. Bhd.
Apabila pendedahan dibuat bahawa syarikat tersebut mempunyai liabiliti (tanggungan) sebanyak RM49 Juta dan membuat pinjaman mudah (soft loan) sebanyak RM16 Juta, maka terbuktilah terlalu ramai MELAYU PAS & PKR pro Anwarinas dan pro UMNO yang jauh lebih berkemampuan dan berkeupayaan dari Upaya Padu Holdings Sdn. Bhd.
Apa sebenarnya yang cuba saya sampaikan?
(i) Ada sesuatu yang 'tidak kena' telah berlaku dalam pentadbiran Negeri Kelantan di zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar berhubung isu tanah ini yang menuntut SIASATAN RAPI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
(ii) Hak MELAYU/ISLAM dinafikan sepenuhnya oleh para pemimpin dan Exco Kelantan ketika itu. Dalam ertikata mudah, Kelantan telah MENZALIMI Melayu/Islam semata-mata kerana Tahaluf Siyasi bersama kafir harbi DAP.
Tentu ramai yang mempersoalkan pinjaman mudah (soft loan) yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada syarikat di mana Exco dan pemimpin kanan DAP Perak tersebut merupakan Pengarah-pengarahnya.
Jawapan saya cukup mudah. Sekiranya sesebuah syarikat tersebut berjaya membuktikan ia layak dan memenuhi kriteria untuk diberikan pinjaman, maka Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional tidak sesekali mengamalkan diskriminasi, meski pun Ahli Lembaga Pengarahnya merupakan pemimpin kanan DAP.
Berbeza dengan kes NFC di mana pinjaman mudah tersebut diputarbelitkan oleh pihak pembangkang. Sementelahan pula, pemilik perniagaan tersebut merupakan suami kepada seorang Menteri.
Akhirnya, fitnah pembangkang tersebut berakhir di mahkamah, Nga dan Ngeh mendapat laba besar sementara para pemimpin Melayu bercakaran dan ekonomi penternakan lembu secara besar-besaran terencat.
Maka bergembirlah lebih kurang 300 ribu Melayu yang mengundi pakatan pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu melihat kejatuhan industri penternakan lembu secara besar-besaran sebagaimana mereka bergembira melihat berkembangnya industri penternakan babi terbesar di Asia Tenggara.
Siapa yang rugi?
Salah siapa?

No comments:

Post a Comment