Wednesday, January 7, 2015

KHINZIR SELANGOR BERJANGKIT KE MELAKA


Kerajaan Selangor sudah pun meluluskan projek ternakan babi moden dan terbesar di Asia Tenggara. Kerajaan Melaka khabarnya akan mengikut jejak langkah yang sama menjelang 2017.

Para pemimpin Melayu/Islam samada dari Barisan Nasional atau pakatan haram bersetuju ianya dilaksanakan. Kemungkinan besar mereka menggunapakai fatwa al-Qaradhawi dan Dr. Maza bahawa DNA babi tidak najis.

Tiba-tiba aku teringat projek ternakan lembu terbesar yang diusahakan oleh NFC dan digagalkan oleh para pemimpin Melayu/Islam.

Selepas ini rakyat jangalah salahkan Tuhan atau sesiapa sahaja seandainya musibah yang lebih besar dari banjir menimpa Malaysia.

Zamzuri Mohamed Tahir

No comments:

Post a Comment