AHMAD MASLAN
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kerjasama melibatkan kedua-dua parti itu sangat penting demi masa depan rakyat negeri ini.
“Ketepikan dahulu perbezaan politik antara kedua-dua pihak dan apa yang penting ialah kita berpadu tenaga demi membantu rakyat terjejas dengan banjir.
“Jalinan kerjasama ini akan memudahkan lagi penyaluran bantuan dan membangunkan semula negeri kearah lebih baik demi rakyat,“ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hamid 2, dekat sini semalam.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.
Dalam perkembangan lain Ahmad memberitahu, bantuan pascabanjir kepada mangsa masih lagi diperlukan.
Katanya, antara barangan yang diperlukan ialah dapur, selimut, pakaian seragam sekolah, peralatan mandi, solat, tuala wanita dan lampin pakai buang kanak-kanak serta dewasa.
“Kesemua ini amat diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir selain bekalan makanan,“ ujarnya.