Tuesday, August 12, 2014

HARAKAH MEMUJI MAHATHIR ...???

Nur Jazlan macam Mahathir muda

SUBKY LATIF | .
DATUK Nur Jazlan, Mempi BN Kulai dilihat seperti Dr. Mahathir muda dulu dan seperti Mempi BN yang dikalahkan PAS di Temerloh dalam PRU yang lalu.
    
Dia bercakap bebes, tidak terikat sangat dengan sentimen partinya dalam isu yang menguntungkan rakyat sekali pun ia daripada pembangkang atau Pakatan Rakyat. Kenyataannya yang terbaharu ialah  - yang baik daripada Pakatan Rakyat mesti diakui seperti sikap Datuk Nazri Aziz yang menyokong  pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu menyekat tukang masak asing di gerai-gerai dalam tempoh tahun melawat Malaysia.
   
Padanya, sokongan Nazri akan pendirian Lim Guan Eng betul. Tukang masak tempatan mesti diutamakan daripada pendatang asing. Sikap Nazri telah dikritik oleh sekutu BN, kerana menteri pelancongan itu dikatakan memihak kepada Pakatan Rakyat.
   
Pada Nur Jazlan, BN dan penyokong mesti berfikiran terbuka, menyokong apa yang baik untuk rakyat dan negara sama ada ia datang daripada kerajaan Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
   
Sekalipun Jazlan menang tipis dengan Salehudin Ayub daripada PAS dalam PRU 2013, tetapi ia tidak mempengaruhinya tidak terbuka tentang yanag baik daripada parti lawannya.
   
Sikap sama ditunjukkan oleh Dr. Mahathir ketika mula-mula menjadi penyokong kerajaan di Parlimen tahun 1964 dulu dan demikian juga sikap Saifudin Abdullah MP BN dari Temerloh dulu. Mereka Umno, tetapi bersikap terbuka atas perkara yang dikira baik oleh semua.
   
Sekali pun sikap itu tidak menjadi Mahathir tahun 1969 dan Saifudin kalah tahun 2013, ia tidak mengganggu sikap Nur Jazlan untuk berkata baik kepada Pakatan kiranya ia adalah baik.
   
Memang Kelantan banyak membuat yang baik yang ditiru oleh Putrajaya seperti cuti hujung minggu dua hari, cuti bersalin dua bulan bagi pekerja wanita dan seminggu cuti bagi suami yang isteri bersalin. Umno/BN mengkritik kencang tindakan Kelantan itu dengan bermacam-macam dalih, tetapi dalam diam-diam telah menirunya.
   
Kelantan memberi kata dua pada semua bank untuk menarik simpanan kerajaan bagi disimpan dalam perbankan ISLAM saja, menyebabkan semua bank menyegerakan kaunter perbankan Islam masing-masing. Semua negeri menikmat tumbuh pesat perbankan. Ternyata bank untung dengan perbankan itu.
   
Kelantan membuat tuntutan yanag baik, minta Petronas memberi royalti minyak dari perairan Kelantan yang digelapkan oleh Putrajaya selama ini. Tuntutan itu baik untuk rakyat dan negeri Kelantan tetapi menteri Umno dan Umno mengatakan Kelantan tidak berhak. Ia bukti Umno tidak mengakui apa yang Kelantan tuntut itu baik.
  
Sebaliknya beberapa cawangan Umno Kota Kinabalu sekarang menyokong cadangan memberi royalti yang lebih atas minyak dan gas dari negeri itu seperti yang disuarakan oleh Pakatan Rakyat. Apa jua cawangan Umno menyokong perkara itu sesuai dengan pandangan Jazlan supaya Umno menerima apa yang baik daripada pembangkang.
   
Selangor bercadang untuk memberi air percuma bagi bil yang kurang dari 20 meter padu tetapi kerajaan BN telah menyulitkan usaha Selangor yang baik itu.
   
Tidak ramai MP Umno/BN yang boleh berfikiran bebas seperti Nur Jazlan dan Saifuddin Abdullah. Parlimen, rakyat dan negara akan beruntung jika ramai pemimpin terbuka seperti mereka. Sekalipun Mahathir tidak mengaku yang Kelantan ada buat yang baik, dalam diam-diam dia tiru.
   
Dengan sikap itu mereka pernah kalah, maka Jazlan yang menang tipis baru-baru tidak mustahil kalah dengan pendirian terbuka itu, tetapi kalah pun dikira mulia kerana bercakap benar itu lebih mulia dari menang tapi tidak bercakap benar. – HARAKAHDAILY 11/8/2014