Sunday, October 9, 2016

MENDEPANI KONFLIK LAUT CHINA SELATAN




Perseteruan antara China dan US dalam percubaan mereka untuk menguasai Laut China Selatan nampaknya semakin hari semakin meruncing. Sehingga kini tidak ada tanda-tanda menunjukkan perseteruan ini kembali positif. Malahan perseteruan kedua-dua negara ini semakin agresif, masing-masing bersedia menunjukkan kekuatan ketenteraan mereka. 

Konflik di Laut China Selatan berpotensi besar untuk  berlakunya perang nuklear antara China dan US. Kedua-dua negara yang mempunyai senjata pemusnah besar-besaran tersebut kini sama-sama mula mengeluarkan senjata dan armada perang tercanggih mereka di Laut China Selatan.

US ketika ini sedang giat mengarahkan armada tentera mereka masuk ke perairan Laut Cina Selatan. US dikatakan telah meletakkan jet-jet pengebom strategik di pengkalan di Australia.  China telah pun siap sedia membina pengkalan tentera di kepulauan Paracel sejak beberapa tahun lepas, mereka telah menempatkan peluru berpandu permukaan bumi ke udara antaranya ‘HQ-9 anti-air missiles’ dan menghantar semula jet pejuang ke pulau berkenaan yang mana telah mencetuskan bantahan  bahawa Beijing dengan menenterakan Laut China Selatan.

Kedua-dua kuasa besar tersebut seolah-olah sudah bersedia untuk menghadapi apa-apa jua kemungkinan berlakunya pertembungan ketenteraan dalam usaha mereka untuk menguasai Laut China Selatan. 

Presiden US, Obama pada Persidangan Khas Pemimpin (Special Leaders’ Summit) US-ASEAN di Sunnylands pernah menyatakan bahawa US akan memainkan peranan yang lebih meluas dan mendasar di rantau Asia Pasifik, termasuklah di Asia Tenggara. Menurutnya lagi, hubungan US dan negara-negara di Asia Tenggara sangat penting kerana rantau tersebut mewakili satu pertiga daripada ekonomi dunia serta merupakan rakan dagang US yang keempat terbesar. Perdagangan dan perkhidmatan dengan negara-negara ASEAN (eksport dan import) berjumlah USD$ 36 bilion pada 2013. Eksport berjumlah USD$ 22 bilion; import perkhidmatan adalah USD$ 14 bilion. Lebihan perdagangan US dengan negara-negara ASEAN adalah $ 7 bilion pada 2013.

Di dalam sebuah penerbitan CFR (Council on Foreign Relations) berkenaan pertembungan antara US dan China di Laut China Selatan, pertembungan secara bersenjata atau secara ketenteraan disebut sebagai sebuah situasi yang tinggi kemungkinannya untuk berlaku.

Berdasarkan situasi sedia ada,  terdapat sekurang-kurangnya tiga teori pertembungan bersenjata yang dikatakan ada  kemungkinan berlaku. Sebarang kesilapan kecil boleh mengakibatkan malapetaka yang besar di Laut China Selatan. 

Pertembungan antara US dan China merupakan pertembungan yang paling bahaya dan mempunyai peratusan kemungkinan boleh berlaku.  Berdasarkan perkembangan sekarang, sebarang kesilapan kecil atau salah faham di peringkat politik boleh menjadi punca untuk pertembungan ini meletus. Krisis politik yang besar boleh terhasil dan seluruh rantau ini akan menerima implikasi secara ketenteraan.

Pertelingkahan antara China dengan Filipina mungkin tidak dapat dielakan. Filipina yang juga merupakan pengkalan besar US di Asia Tenggara dilaporkan ingin meneroka sumber gas asli di kawasan Reed Bank, tidak jauh dari Palawan. China sentiasa  memandang penuh curiga setiap pergerakan Filipina terutama apabila melibatkan kawasan pentindihan di Laut China Selatan. Jika Filipina berkeras untuk meneruskan usaha penggalian ini tidak mustahil China akan memberikan respon balas yang agresif. 

Manakala Vietnam pula dilaporkan turut berhasrat menggali minyak di perairan Laut Cina Selatan, khususnya di kawasan yang sedang dipertikaikan. Jika China memberi amaran kepada Vietnam dan amaran ini tidak dihiraukan, kemungkinan besar akan berlaku serangan ke atas Vietnam oleh China.

Namun di sebalik keangkuhan AS dalam menyebarkan pengaruhnya di seluruh pelosok dunia, hakikatnya negara tersebut kini berada dalam keadaan yang secara relatifnya sangat lemah. Bahkan negara tersebut ternyata masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 2008. Malahan, kesan perang di Afghanistan dan Iraq yang berpanjangan serta isu Korea Utara yang masih tidak kunjung padam telah menambah buruk lagi keadaan. Keadaan ini telah membuka ruang kepada beberapa buah negara kuasa besar lain untuk mencabar hegemoni AS, seperti tindakan yang diambil oleh Rusia dan China di Ukraine, Syria dan rantau Asia Tenggara.

Tindak tanduk provokasi kedua-dua negara kuasa besar sangat memberi tekanan kepada  Malaysia, terutamanya China yang semenjak beberapa tahun lepas mengambil pendekatan yang lebih ‘physically provocative’ dalam isu di Laut Cina Selatan. Dikhabarkan terdapat seratus bot yang berdaftar dengan China dikesan berada di kawasan perairan Malaysia yang terlibat dalam pertikaian hak di Laut China Selatan.

Sebagai sebuah negara yang terlibat secara langsung dalam mempertahankan hak ke atas sebahagian kawasan Laut China Selatan Malaysia perlu bersiap siaga untuk berhadapan dengan sebarang krisis ketenteraan andai berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.

Di Malaysia, orang Melayu-Islam adalah kelompok yang paling banyak menerima kesan kerana secara sosio-sejarah bangsa ini tidak pernah memberikan kesetiaan selain daripada tanah air mereka sendiri. Berbeza dengan rakyat berbangsa lain yang memiliki sejarah kesetiaan kepada kuasa di tanah air mereka seperti bangsa Cina misalnya. Bahkan sehingga kini jika diteliti dalam lanskap politik negara, terdapat parti-parti politik yang terang-terangan lebih menjayakan agenda kuasa besar seperti US dan China berbanding menjayakan pembinaan negara dan integrasi nasional yang berkesan.

Justeru itu, negara kita juga mungkin akan menyaksikan timbulnya pertembungan dan perpecahan antara rakyat yang akhirnya akan membuka laluan kepada kuasa luar campur tangan dalam melakar rupa bentuk baru kepada negara dan menyusun cengkaman baru ke atas negara, khususnya dalam bentuk penguasaan hasil bumi (seperti minyak dan gas asli) serta penguasaan politik dan ekonomi.

DI MANA BUMI DI PIJAK, DISITU LANGIT DIJUNJUNG.

#NegarakuBerdaulat
#MyDaulat 
#4UMalaysia