Wednesday, November 20, 2013

MEREKA TIDAK PERNAH BERHENTI.....


DUNIA yang akan kita hadapi pada masa yang akan datang akan memperlihatkan berbagai- bagai percubaan oleh Bangsa Eropah untuk menakluk kita secara langsung atau tidak langsung. Serangan telah bermula dengan serangan kepada pemikiran kita, budaya kita , agama kita dan perpaduan kita. Walau apa pun serangan mereka selepas ini persoalannya adakah kita bersedia atau masih leka dan tidur lena.


DALAM bidang budaya dan sosial mereka ingin melihat kebebasan individu yang tidak terhad. Bagi mereka kebebasan individu adalah perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Mereka sudah menolak institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Sebaliknya mereka terima amalan seks bebas termasuk liwat sebagai sesuatu hak. 

PERKAHWINAN di antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan diiktiraf secara rasmi. Apa yang kita dakwa sebagai sumbang mahram tidak dipandang serius oleh mereka.

LARANGAN menukar agama di kalangan orang Islam, sistem perundangan yang berbeza dengan mereka, semuanya akan dipersoalkan. Media mereka akan diguna untuk memburuk semua yang kita amalkan. Badan-badan bukan Kerajaan akan dihasut supaya menuntut segala yang tidak disenangi oleh bangsa Eropah, supaya dikaji dan dipinda dan akhirnya ditolak kerana dianggap menidakkan kebebasan individu.


BUDAYA dan nilai hidup yang akan dipaksa kita terima ialah "hedonisme" iaitu keseronokan yang tidak terhad, kebebasan mengikut nafsu, khususnya nafsu seks. Cara hidup kita akan dipersamakan dengan cara hidup mereka. "Asian values" tidak akan wujud bagi mereka.