Thursday, November 21, 2013

NST PULA YANG SALAH...BIOL BETULLAH

BILA DAH KENA SERGAH DENGAN LIM GUAN ENG, PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG TERUS SALAHKAN NST!!! 

Inilah kaedah paling murah dan paling tidak bermaruah!

Walaupun berjawatan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, nampaknya Salleh Man yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), nampaknya langsung tidak bertelur dan enggan bertanggungjawab.

Empat resolusi yang dituntut oleh PAS telah diputarbelitkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu sebagai 'tidak menyebut nama mana-mana parti politik' dan meletakkan keseluruhan beban kesalahan kepada New Straits Times (NST) walaupun sebenarnya sidang media berkenaan turut dihadiri dan dilaporkan oleh portal berita dan maklumatnya turut disiarkan oleh blogger-blogger Pakatan.

Apa sebenarnya yang amat ditakuti oleh Salleh Man? Apakah ADUN Permatang Pasir dan merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang bimbang jawatannya selaku YDP MAINPP akan hilang kerana campurtangan Lim Guan Eng? Atau adakah kerana ada 'perkara' lain yang dibimbangi akan dilakukan oleh Lim Guan Eng memandangkan Lim Guan Eng selaku TOKONG amat berkuasa di Pulau Pinang?

Wahai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang... tak payahlah nak kecutkan telur sendiri! Beranilah sikit! Jadilah jantan!

Hanya kerana Guan Eng menyatakan bahawa isu yang dibawa dalam sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang semalam merupakan 'manipulasi jahat media', maka Salleh Man terpaksa juga menyalak mengikut rentak dan arahan tuan TOKONGnya itu.

Takkanlah sebacul itu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sehinggakan terpaksa menipu mengikut rentak Lim Guan Eng? Padahal kalau berhadapan dengan UMNO, macam-macam senjata boleh dikeluarkan?

No comments:

Post a Comment