Saturday, October 5, 2013

DEBAT IMAM HANBALI DENGAN SI ATIES

KHALIFAH AL-MAKMUN berasa tidak sedap hati lalu menyuruh Nasir, salah seorang khadam yang dipercayainya menjemput Imam Hanbali. Apbila Imam Hanbali sampai ramai orang marah-marah kerana kelewatannya. Khalifah Al-makmun berjaya menenagkan keadaan dan mengarahkan majlis debat itu dimulakan.

....."Hei Imam Hambali. Adakah engkau bersetuju kalau aku katakan alam ini terjadi dengan sendirinya dan tuhan itu tidak ada? tanya Qazim si Aties yang bongkak.

"Aku tidak bersetuju kerana alam ini dijadikan Allah. Dia yang maha berkuasa, " jawab Imam Hanbali.

"Apa hujah kamu?" tanya Qazim lagi.

Baiklah aku akan menjawabnya. Tetapi sebelum itu aku hendak beritahu kamu kenapa aku terlambat datang ke sini," jawab Imam Hambali.

Ahmad bin Abi Daud segera membantah. " Aku tidak benarkan pekara itu ditimbulkan kerana khuatir kamu akan menyalahkan orang lain diatas kelewatan engkau itu."

"Jangan takut wahai Ahmad bin Abi Daud. Aku tidak akan menyalahkan kamu diatas kelewatan aku," kata Imam Hanbali. Baru senang hati Ahmad bin Abi Daud mendengarnya.

"AKU terlambat sampai kerana rumahku terletak diseberang Sungai Furat. Ketika hendak menyeberang sungai itu aku dapati sampan aku sudah hilang. Sedang aku menunggu sampan orang lain, tiba-tiba hanyut sekeping papan lalu papan itu berhenti didepanku. Kemudian hanyut sekeping papan lagi lalu bercntum dengan papan yang mula-mula sampai. Semakin lama semakin banyak papan yang hanyut lalu papan itu bercantum dengan sendirinya hingga menjadi sebuah perahu. Dengan itu barulah aku dapat datang ke sini," kata Imam Hanbali.

"Hei Imam Hanbali, kamu memang penipu. Mustahil papan itu boleh bercantum sendiri sehingga menjadi sebuah perahu?" kata Qazim dengan rasa marah kerana menyangka dipermainkan.

"JIKA SEBUAH SAMPAN TIDAK BOLEH MENJADI DENGAN SENDIRINYA APATAH LAGI ALAM YANG BEGINI LUAS DAN INDAH. MUSTAHIL IA TERJADI DENGAN SENDIRI," TEMPELAK IMAM HANBALI.

No comments:

Post a Comment