Saturday, October 5, 2013

PRESIDEN AMERIKA TANGGUH , PRESIDEN CHINA SAMPAI

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Presiden China, Xi Jinping yang tiba semalam untuk lawatan sulungnya selama tiga hari ke Malaysia diberikan sambutan negara di Dataran Parlimen hari ini.

Ketibaan Jinping dan isteri, Peng Liyuan pada pukul 9.05 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri Kabinet.
Sejurus ketibaan beliau, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.
Presiden China itu kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 102 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Nur Fahmi Bassar.
Jinping diperkenalkan kepada jemaah menteri dan tetamu kehormat yang menghadiri upacara itu.
Lawatan itu amat penting bagi mencerminkan komitmen kepemimpinan baharu China mengekalkan hubungan mesra dengan Kuala Lumpur yang terjalin sejak sekian lama selepas hubungan diplomatik diwujudkan 39 tahun lalu.
Jinping turut menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China hari ini.


No comments:

Post a Comment