Thursday, August 22, 2013
PERBANDINGAN 100 HARI BERJAWATAN MENTERI BESAR/KETUA MENTERI DIANTARA DATUK MUKHRIZ DAN DATUK WIRA IR IDRIS HARON
Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Wira Ir Idris Haron ditemubual oleh pemberita sempena 100 hari menjawat jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri baru baru ini. Kedua duanya bercakap mengenai keluarga tetapi nada mereka berlainan.
Datuk Mukhriz berikrar tidak akan mempertimbangkan dan meluluskan projek ekonomi negeri Kedah kepada keluarganya. Ikrar ini melonjakkan imej beliau dan BN pada kacamata rakyat Kedah.
Datuk Wira Ir pula pun bercerita mengenai keluarganya. Beliau berkata pada kebiasaannya akan makan tengahari dan malam dengan anak anak beliau, Luqman Hakim dan Amira. Sejak dilantik ke jawatan tertinggi Melaka, anak anak beliau mula memahami kesibukan bapanya mensejahterakan rakyat Melaka sehinggakan tidak dapat makan bersama.
Dutuk Mukhriz telah mengumumkan 2 pelaburan besar di Kedah termasuklah Ranbaxy dari India di Kulim. Datuk Wira Ir belum berkesempatan untuk mengumumkan pelaburan baru atau tambahan. Mungkin dalam masa terdekat, beliau atau Pengerusi MTEN, Datuk Seri Mohd Ali akan berbuat demikian. Pelaburan baru `FDI’ memberikan indikator kepercayaan dan keyakinan pelabur terhadap peneraju negeri selain daripada dasar pelaburan yang `condusive’.
Datuk Mukhriz berjaya memikat PM Datuk Seri Najib berkunjung ke Kedah untuk merasmikan majlis nasional. Pada 16 hb Ogos yang lalu, Kedah menganjurkan Hari Peneroka FELDA peringkat Kebangsaan. Malamnya PM melancarkan Majlis Kibar Jalur Gemilang peringkat nasional. Sebelah petangnya perasmian bangunan dan khidmat UTC Alor Setar.
Datuk Wira Ir juga tidak ketinggalan di dalam menarik penganjuran majlis nasional. Melaka telah ditetapkan menjadi Penganjur Rumah Terbuka Aidil Fitri peringkat Kebangsaan. Majlis ini akan menjadikan Melaka menjadi kunjungan para Menteri Kabinet dan Parti BN juga orang ramai. Jalanraya akan menjadi sesak dan hotel penginapan akan penuh.
Di bidang bolasepak pula, KFA akan berkerjasama dengan Cardiff City menubuhkan Akademi Bolasepak dan pasukan bolasepak negeri. Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Mukhriz telah menandatangani perjanjian memajukan sukan bolasepak Kedah. Penulis ingin melihat kebangkitan Kedah seperti mana zaman Allahyarham Datuk Basri Akil dahulu.
Datuk Wira Ir dan MAFA mungkin sedang merancang sesuatu merancakkan perkembangan bolasepak Melaka. Diberitakan MAFA akan mengadakan mesyuarat akhir bulan ini untuk membincangkan masa depan bolasepak Melaka. Datuk Wira Ir ada kawan kawan yang boleh bercakap dengan pengurusan Cardiff City untuk tujuan kerjasama.
Penulis rasa Melaka kena cuba Kelab Professional selain Cardiff City dan Queen Park Ranger. Jika penulis ada bajet, penulis ingin menjalinkan kerjasama dengan Kelab dari Portugal dan Belanda. Kedua negara ini pernah `berada’ di Melaka dan melalui sentimen tersebut, adalah wajar mereka membantu Melaka. Penulis, yang mengendalikan Sepadu Soccer (kelab sukan remaja), berangan angan untuk berkommunikasi dan mepengaruhi Christiano Ronaldo mengadakan kerjasama dengan Kelab Remaja Bolasepak yang pelatih remajanya meliputi anak anak portugis. Bajet RM250,00 setahun bagi Christiano Ronaldo terlalu kecil.
Penulis dengan seikhlasnya ingin mengingatkan KM baru kita agar memerhatikan perkembangan Menteri Besar Kedah dan Johor. Mereka seangkatan dengan Datuk Wira Ir sebagai ketua pentadbiran negeri yang baru. Kecekapan dan dasar baru senantisa diperhatikan dan dinilai oleh rakyat dan politikus. Jika boleh jadilah ahli politik yang boleh memimpin dan memotivasi pegawainya kearah pencapaian matlamat. Ramai ahli politik yang boleh menjalankan tugas (implementor) daripada memimpin (leader). You are the implementor or a leader?
Beberapa dasar dan polisi kerajaan didapati memperbaiki imej Kerajaan dan sokongan ahli UMNO. Menteri Besar Johor mengumumkan kadar cukai harta dan tanh yang berbeza diantara rakyat Malaysia dengan bukan rakyat Malaysia. Beliau juga membuat keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh pajakan tanah perindustrian Larkin.
Penulis ada menyarankan Kerajaan Melaka berhati hati di dalam memberikan pajakan tanah kerajaan kerana terlalu ramai broker UMNO/BN yang ingin membuat duit panas dan cepat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment