SATU SLOGAN YANG BENAR UNTUK TUJUAN YANG BATIL
Tidak lama dahulu , kerana perbalahan politik , kafir mengkafir, pulau memulau antara sesama Islam, solat dua imam, memutuskan silaturrahim antara keluarga, mengharamkan sembelihan dan ucapan-ucapan yang seakan menghalal darah sesama kita banyak berlaku di negara kita .
Ianya disebabkan perbezaan parti politik yg ditubuhkan oleh kita sendiri. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah orang awam. Mereka tidak tau menilai lalu mereka bertindak dgn tindakkan yg disangka arahan Allah dan RasulNya, padahal ia hanya kempen politik. Kafir itu pun hanya "kafir politik" bukan "kafir hakiki" .
Menjatuhkan hukuman kafir kepada sesuatu individu bukan semudah mengupas kacang tanah, ia ada kaedah dan prinsipnya.
Perbuatan mengkafirkan sesama Islam secara borong adalah suatu kejahatan atas nama agama.
Walaupun keadaan itu sudah hampir reda , namun kesannya masih ada. Masih ada penceramah yang meneruskan ucapan yang sama. Cuma masyarakat kita yang brpendidikan mulai sedar bahawa perbalahan politik tidak sepatutnya sampai ke kancah kafir-mengkafir.
Bukan saya menafikan seseorang Islam mungkin murtad atau terbatal syahadahnya jika melakukan perkara-perkara tertentu. Namun hukuman hendaklah berdasarkan peraturan syarak. Menghukum manusia lain secara melampaui batas atas sentimen perbalahan adalah perbuatan terkutuk yg di benci Allah.
Dalam sejarah, kafir mengkafir secara rambang ini selalunya berakhir dgn pertumpahan darah atau perpecahan yg meruncing. Itulah yang berlaku kepada Saidina Uthman bin Affan RA sehingga beliau dibunuh atas fitnah pemberontak politik yang mengunakan isu agama, yang akhirnya membentuk mazhab Syiah. Ia diikuti dgn kemunculan puak khawarij yang mengkafirkan sesiapa sahaja yang melakukan dosa khususnya pemimpin politik seperti Ali bin Abi Talib, Mu'awiyah bin Abi Suufyan, Amr bin al As . Khawarij mengangat slogan "Tidak ada hukum melainkan hukuman Allah" Slogan yang kelihatannya berteras alQuran tetapi dengan tujuan ynag buruk. Kata Saidina Ali kepada mereka " SATU SLOGAN YANG BENAR TETAPI UNTUK TUJUAN YANG BATIL "
No comments:
Post a Comment