Friday, June 7, 2013

KENYATAAN SEORANG MELAYU DAP YANG BENGONG

Ariffin dibidas di Dewan Negara

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Naib Pengerusi baharu DAP, Senator Dr. Ariffin S.M. Omar hari ini dibidas di Dewan Negara berikutan kenyataannya mendakwa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi memberitahu, dakwaan tersebut dibuat berasaskan persepsi dan bukannya fakta atau data daripada sesuatu hasil kajian.
Katanya, rasuah tidak hanya berlaku disebabkan sesuatu kaum mahu pun agama, sebaliknya boleh berlaku dalam kalangan pelbagai bangsa serta agama dan terjadi di mana-mana sahaja.


"Inilah masalahnya apabila dakwaan dibuat berdasarkan persepsi. Persepsi bahawa kaum Melayu yang merupakan majoriti dalam perkhidmatan awam menyebabkan gejala rasuah adalah tidak berasaskan fakta.


"Orang yang bercakap isu ini adalah dalam kalangan ahli akademik tetapi bercakap tidak berasaskan akademik, sebaliknya lebih menjurus kepada persepsi, sedangkan tiada sebarang kajian membuktikan rasuah itu berlaku hanya pada sesuatu kaum atau agama," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Ahamat @ Ahamad Yusop dalam sidang Dewan Negara hari ini.


Baru-baru ini, portal berita Antarapos.com menerusi satu artikelnya melaporkan Ariffin mendakwa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.
Tindakan Mohd. Puad itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati Ariffin yang kemudiannya bangun menafikan beliau membuat dakwaan seumpama itu.
"Saya mahu beri keterangan di sini bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. Ini merupakan penyelewengan yang dilakukan oleh media massa yang dikuasai kelompok tertentu demi kepentingan politik individu tertentu.


"Saya menafikan sama sekali saya pernah membuat kenyataan itu, saya mahu tanya dari mana Timbalan Menteri mendapat maklumat seperti itu? Kalau daripada akhbar, adakah kenyataan itu benar atau rekaan sahaja?" ujarnya.


Bagaimanapun, Mohd. Puad secara sinis memberitahu, sekiranya dakwaan itu tidak benar, Ariffin boleh mengemukakan saman terhadap media yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataannya itu.


"Atas sebab itu saya kata kalau tidak benar, samanlah. Pihak pembangkang ini mereka suka saman, memang menjadi amalan pembangkang tetapi pada saya hakikatnya perlu tegaskan bahawa rasuah di mana-mana dan tidak tertakluk kepada kaum Melayu.


"Kadang-kala kedudukan rasuah di negara kita boleh meningkat, mungkin kerana rasuah itu berlaku juga di negeri-negeri pembangkang, lebih banyak lagi berlaku di negeri pembangkang," jelasnya.


No comments:

Post a Comment