Friday, May 10, 2013

PELAJAR BANTAH KEPUTUSAN PRU13 DI TAHAN


Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan polis selepas terlibat dalam penganjuran membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di pintu masuk universiti tersebut di sini hari ini.

Pelajar berusia lingkungan 20-an itu dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Perhimpunan pada pukul 12.30 tengah hari itu disertai kira-kira 50 orang peserta.

Ada di kalangan peserta memakai baju tertera perkataan Justice For Teoh Beng Hock sambil melaungkan tuntutan keadilan terhadap kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor tersebut.

Perhimpunan berkenaan tiba-tiba bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki cuba menghalang mereka daripada meneruskan bantahan.

Bagaimanapun, anggota polis yang bertugas berjaya mengawal keadaan.
Polis terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menahan penganjur yang menyorok dalam premis persatuan pelajar-pelajar Cina untuk keluar.
Turut kelihatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.


No comments:

Post a Comment