Friday, May 10, 2013

IBU , BIAR KU PERGI DULU...


LANG 9 Mei - Ibu kanak-kanak 11 tahun yang dibunuh dan dipercayai dirogol, Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor tidak menyangka bahawa kata-kata supaya dia 'jangan pergi' merupakan petanda tragedi malang akan menimpa keluarga mereka dan kehilangan anak ketiganya itu buat selama-lamanya.

Acha Kusain, 42, berkata, beberapa hari sebelum kejadian tersebut, dia ada berbual bersama-sama dan anaknya mengungkapkan kata-kata; 'Mak jangan pergi dan risau, biar saya pergi dulu.'

"Semasa anak saya sebut perkataan itu langsung tidak terlintas ada perkara buruk berlaku. Rupa-rupanya, tanpa disangka kata-katanya itu merupakan petanda yang dia akan meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.

"Pemergiannya sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga kerana arwah merupakan seorang yang peramah, ceria dan ringan tulang membantu melakukan kerja-kerja rumah," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.
Acha berkata, dia dan suami, Mohd. Noor Mustapha, 42, juga tidak menyangka kejadian yang paling ditakuti itu menimpa anak perempuan mereka yang mesra dipanggil 'Cinang'.

"Kami baru berpindah dari Kuantan, Pahang ke kawasan ini kira-kira dua bulan lalu dan sering mengingatkan anak-anak supaya sentiasa menutup pintu besi dan jangan sesekali membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali.

"Bagaimanapun, pada hari kejadian, anak sulung saya terbawa kunci rumah ke tempat kerja dan jadi arwah yang baru habis bermain tidak dapat memasuki rumah. Kami menyangka dia bermain di bawah dan hanya menyedari kehilangannya pada waktu petang," katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, R. Kalaivanjini, 19, berkata, ketika itu, dia dan salah seorang rakannya dalam perjalanan menuju ke sebuah restoran untuk membeli makanan.

"Ketika sedang berjalan, saya ternampak budak lengkap berpakaian terbaring dan menyangka mungkin dia sedang bermain.
"Setelah memanggil beberapa kali, tiada jawapan daripada budak itu. Saya yang ketakutan terus memanggil salah seorang pemandu bas supaya menghubungi pihak polis," katanya.

No comments:

Post a Comment