Thursday, May 16, 2013

NASIB KAUM BLACKOUT YANG BUTA HATI


SINGAPURA, 15 Mei - Pihak berkuasa Singapura membatalkan pas kerja seorang daripada 21 rakyat Malaysia yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei lalu.


Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan, hari ini berkata. SPF berkata, baki 18 individu rakta Malaysia terbabit, pas kerja mereka akan disemak semula oleh pihak berkuasa Singapura, sebaik-baik siasatan lanjut selesai, selain majikan mereka akan dimaklumkan tentang perkara itu.

"Amaran bersyarat turut dikeluarkan kepada semua 21 rakyat Malaysia yang ditahan itu," kata SPF.

SPF turut menegaskan bahawa Singapura tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara lain dan akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan di negara itu.

Katanya, warga asing yang tinggal atau bekerja di Singapura perlu mematuhi undang-undang negara ini dan tidak membawa masuk isu-isu politik di negara asal mereka ke Singapura.

SPF berkata, ini merupakan prinsip yang dipegang sekian lama yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura serta hubungan baik dengan negara-negara lain.


No comments:

Post a Comment