Friday, May 3, 2013

DATO SERI SUBAHAN BIN KAMAL : DARI KACA MATA SAYA


PEMIMPIN YANG MEMAHAMI DENYUT NADI RAKYAT.


Dato Seri Subahan bin Kamal dari pandangan mata perbadi saya adalah seorang yang sangat mudah mesra , murah senyuman , sentiasa ingin membantu dan disenangi oleh kawan mahupun lawan.

Dalam apa jua keadaan pun, dia cuba dan sentiasa membantu rakyat walaupun BN menjadi pembangkang di Selangor.

Tidak kurang juga dari pihak "sebelah sana" yang memohon bantuan dari beliau, beliau membantu sedaya mungkin sehingga berhasil .

Salah satu yang terkesan dihati ialah beliau terlebih dahulu bersalaman dengan rakyat sebelum sempat rakyat bangun dari kerusi.




Ini boleh dilihat ketika mana beliau memberi layanan istimewa kepada warga emas dan OKU semasa pemberian BR1M. Semua mereka di beri perhatian khas oleh beliau.

Pernah saya berborak sambil minum kopi dengan sekelompok penyokong pembangkang, kesemua mereka memberi respon yang positif kepada Dato Seri Subahan Kamal.

Tidak pernah saya dengar dari mulut beliau mencemuh, menghina atau mengata pihak lawan dengan kata-kata yang tidak elok.

Saya yakin dan percaya cukup hanya sekali anda bertemu dengannya, anda akan dapat melihat kebenaran kata-kata saya ini.




Menjadi rakan kepada yang sebaya,
menjadi abang kepada yang remaja ,
menjadi anak kepada warga tua ,
menjadi ayah kepada si kecil
dan menjadi pemimpin kepada semua kaum,
itulah Dato Seri Subahan bin Kamal . CALON BARISAN NASIONAL N15 DUN TEMPLER.

UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL.
 


No comments:

Post a Comment