Saturday, May 4, 2013

BN KEDAH BAKAL MERANA ?


DENGAN tempoh berkempen berbaki beberapa jam sahaja lagi, pakatan pembangkang berhempas pulas menyebar fitnah antaranya Kedah berjaya dikekalkan di bawah pemerintahan Pas.


Ini bermakna, seramai 1,043,281 pengundi di negeri ini belum pun mengundi tetapi Pas Kedah sudah mendakwa memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri (DUN) yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Kedah mempunyai 38 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen manakala membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah memerlukan 19 kerusi DUN.

Hakikat sebenarnya, dakwaan tidak berasas Pas itu adalah bagi menutup kebimbangan mereka terhadap hakikat bahawa pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini bakal bertukar tangan kepada Barisan Nasional (BN) mulai esok.
Petunjuk-petunjuk dengan angka dan fakta yang menyokong kemenangan BN nampak cukup jelas.

Walaupun diakui saingan antara BN dan pakatan pembangkang amat sengit di beberapa kawasan kubu kuat pembangkang seperti di DUN Sungai Limau, Tokai, Kupang, Jeneri, Bukit Pinang dan Bukit Selambau namun kesemua kawasan itu mempunyai peluang untuk BN menang.

Selain daripada kawasan itu, BN hampir pasti boleh membuatkan calon pembangkang 'terduduk' meratapi kekalahan dan seterusnya BN dijangka membentuk kerajaan negeri.
BN mensasarkan menang dua pertiga kerusi DUN, kalau tidak dua pertiga pun, untuk menang dengan majoriti mudah adalah lebih senang dicapai.
"Berdasarkan kerja keras calon dan jentera serta sokongan pengundi kepada BN, kita yakin BN menang sekurang-kurangnya 25 daripada 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri," kata Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah kepada Utusan Malaysia di sini petang ini.

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan kepada maklum balas pelbagai pihak dan termasuk kaum Tionghua yang mahu perubahan setelah diperintah pakatan pembangkang sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau mahu jentera terus bekerja keras dan jangan berasa selesa dengan petunjuk-petunjuk terbaharu itu kerana pelbagai taktik pembangkang cuba dilemparkan untuk mencipta swing iaitu perubahan mendadak sokongan pada saat-saat akhir.
"Calon juga perlu terus bergerak untuk bertemu pengundi hingga tamat tempoh berkempen," jelasnya.

Apapun, taktik pakatan pembangkang menabur fitnah mengatakan sudah menang di Kedah menunjukkan parti itu semakin terdesak untuk meraih sokongan walaupun ia dianggap sesetengah pihak umpama mimpi di siang hari.

No comments:

Post a Comment