Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini terbukti apabila tiga ahli keluarga Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu beliau sendiri, isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar bertanding dalam pilihan raya yang sama.
Amalan itu lebih terserlah apabila Wan Azizah baru-baru ini membayangkan kemungkinan bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di mana Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh juga pernah berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen atau DUN atau kedua-duanya sekali.
"Selain ibu bapa, ada desas-desus mendakwa seorang lagi anak mereka akan bertanding di sini. Kalau macam itu, kenapa mereka tidak bawa sekali Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah
Pantai) dan menantu datang bertanding di negeri ini.
"Kalau perkara ini benar-benar terjadi, maka Selangor akan jadi tempat berkumpul sebuah keluarga dalam politik," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Institut
Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini hari ini.
Akhbar baru-baru ini melaporkan Wan Azizah membayangkan kemungkinan bertanding di kerusi DUN Selangor pada PRU-13 dan dijangka dilantik menjadi Menteri Besar jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan kuasa mereka.
Beliau yang dikaitkan dengan DUN Sementa dan satu kerusi DUN di Shah Alam juga hanya tersenyum ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon BN, Datuk Pirdaus Ismail.
Beliau bagaimanapun meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.
Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, jika benar Wan Azizah bertanding di Selangor, keadaan itu akan menjadikan negeri ini diwakili seorang parasit politik yang sudah tidak laku di kawasannya dan sukar mendapat sokongan pengundi.
"Jika begitu keadaannya, anak Selangor yang selama ini bersusah payah memajukan negeri ini hanya mampu gigit jari melihat orang lain mewakili negeri ini," katanya.
No comments:
Post a Comment