Saturday, January 19, 2013

UMNO EDAR BIBLE...???




Fauzi Mohd


LIM GUAN ENG dalam perutusan Krismas 2012 GESA Kerajaan Malaysia supaya benarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible berbahasa Melayu seperti yang terdapat di Sabah dan Sarawaksejak 50 tahun lalu. 

Nik Aziz pula mendakwa Kerajaan Malaysia telah membenarkan Bible Bahasa Melayu di Malaysia dengan merujuk surat PEMANDU bertarikh 11 April 2011.

Guan Eng GESA Kerajaan supaya LULUS tetapi Nik Aziz kata Najib Razak SUDAH LULUS! Pening penyokong PAS.

Guan Eng kata Bible Melayu berada di Sabah/Sarawak sejak 50 tahun lalu (sebelum Sabah/Sarawak sertai Malaysia). Nik Aziz pula kata Bible Melayu Najib Razak LULUS sejak 2011.

Bagaimana PEMANDU yang diuruskan dua Menteri di JPM, Koh Tsu Kon dan Idris Jala luluskan Bible Melayu? Apa kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN)?

Nik Aziz jangan buang masa. Nik Aziz perlu keluarkan BUKTI bahawa Kerajaan Melaysia atau KDN atau UMNO membenarkan atau meluluskan Bible versi Bahasa Melayu dicetak atau diterbitkan di Malaysia.

Tahun 2009 apabila Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan oleh Gereja Roman Katholik dalam akhbar mingguannya, The Herald Weekly, Kementerian Dalam Negeri memfailkan notis rayuan sebelum perintah tersebut akhirnya ditangguhkan.

30,000 Bible Melayu dari Indonesia pernah tersadai di Pelabuhan Kuching kerana ditahan oleh KDN sebelum Pilihan Raya Sarawak ke-10 tahun 2011. Adakah Nik Aziz ambil peduli cerita ini?

Kerana kes ini, BN kalah beberapa kerusi di DUN Sarawak. Tidak hairan, PAS sokong calon Kristian dari PKR jadi Ketua Menteri Sarawak. KDN 'dibelasah' teruk oleh Persatuan Kristian Malaysia.

Sebab itu, Pakatan Rakyat perjuangkan isu kalimah Allah dan Bible Melayu kerana ia boleh tamatkan riwayat BN di Sabah dan Sarawak. Segalanya demi Putrajaya.

5,100 Bible Melayu dari Indonesia turut ditahan KDN di Pelabuhan Klang pada tahun sama. Bagaimana puak-puak penyokong Nik Aziz berfikir dengan mengatakan BN/UMNO yang lulus penerbitan/percetakan Bible Melayu di Malaysia.


No comments:

Post a Comment