Sunday, January 20, 2013
GEMPAR JAWATAN KUASA CEC DAP UPAH MAGICIAN KE ?
SEREMBAN 20 Jan. - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini terus menjadi persoalan. Kali ini ahli dan pimpinan bawahan parti itu sendiri menyifatkan ia tidak telus serta dimanipulasi oleh pemimpin atasan parti berkenaan.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass yang melahirkan rasa kecewa mendakwa, pemilihan yang dijalankan secara tidak adil dan tidak telus itu jelas telah dimanipulasi oleh barisan pemimpin tertinggi parti berkenaan kerana mereka bimbang akan kehilangan kuasa.
"Kami amat kecewa dengan apa yang berlaku dalam parti ini. Ini suara akar umbi, jika mereka (pemimpin tertinggi) tidak mampu memberi ketelusan dan keadilan dalam parti, bagaimana ia hendak diberi kepada rakyat dan masyarakat negara ini.
"Oleh itu kami sebagai ahli mendesak agar satu pemilihan yang lebih telus dapat dijalankan semula. Mereka perlu ingat, tanpa kami (ahli) mereka tidak ke mana,'' katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi, K. Mahendran
Jelasnya Dass, beliau telah membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Isnin lalu supaya siasatan terperinci dibuat berhubung keputusan pemilihan tersebut. - UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment