Saturday, September 21, 2013

Bapa restu


Dr. Mahathir

JERLUN 20 Sept. - Hasrat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu bulan depan mendapat restu ibu bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu berkata, bapanya yang juga bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada beliau untuk membuat keputusan selain memberi pandangan berdasarkan pengalamannya yang pernah bertanding jawatan berkenaan.
"Dahulu, bapa pun pernah bertanding jawatan Naib Presiden, tetapi bezanya kali ini lebih 146,000 yang mengundi kerana kita tidak ada lagi sistem pencalonan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas dengan pemimpin dan perwakilan UMNO Jerlun di Wisma UMNO Jerlun, di sini hari ini.
Semalam, Mukhriz mengesahkan akan bertanding merebut kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bulan depan sekali gus menyaksikan persaingan enam penjuru bagi jawatan tersebut.
Sebelum ini, ketiga-tiga penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan akan mempertahan jawatan masing-masing.
Ketiga-tiga mereka bakal dicabar Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut menyatakan hasrat merebut jawatan itu.
Dalam pada itu, Mukhriz sekali lagi menegaskan pencalonan beliau merebut jawatan tersebut bukan bertujuan mewujudkan dinasti keluarga dalam UMNO.
Katanya, rakyat perlu melihat kemampuannya menyumbang kepada parti menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki berbanding membangkitkan soal berkenaan.
"Saya yakin walaupun saya Menteri Besar tetapi banyak perkara yang boleh disumbangkan dari segi idea dan pengalaman kepada parti," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Mukhriz mengakui berdepan cabaran getir bertanding jawatan berkenaan yang turut ditandingi lima lagi calon dengan kelebihan dan kekuatan masing-masing.
Walau bagaimanapun, katanya, beliau percaya gabungan tiga calon yang bakal menduduki kerusi Naib Presiden UMNO memiliki kekuatan tersendiri untuk menyumbang 

No comments:

Post a Comment