Gambar sebagai perhiasan. |
Pada zaman sahabat dulu, Ali berperang dengan Muawiyah. Muawiyah dikatakan berijtihad dulu sebelum berperang dengan Saidina Ali, dan ia turut dikatakan, sekiranya yang berijtihad itu betul pahalanya dua, dan yang salah, pahalanya satu. Namun saya tertanya-tanya, alangkah baiknya kalau mereka berbincang dulu sebelum berijtihad kerana akibatnya umat Islam berpecah dua sehinggalah hari ini, dan melalui peperangan saudara ini tidak sedikit yang menjadi korbannya.
Memang benar ijtihad itu adalah sesuatu yang baik, tapi betulkan saya kalau saya tersilap, bukankah ijtihad itu harus dilakukan setelah segala guiding principal dan akibat diperhitungkan?
Maka saya bertanya pada ahli PAS pada hari ini, adakah mereka lebih hebat dari sosok salafusaleh yang kita sebagai umat Islam agungkan? Mereka harus sedar seseorang yang ikhlas dan baik hati sememangya ditakuti syaitan kerana tidak boleh ditipunya. Akan tetapi, orang yang terlampau baik hati, bila berdepan dengan orang yang berpegang pada prinsip matlamat menghalalkan cara akan tewas kerana tiada yang salah bagi mereka.
Lihatlah betapa sedihnya keadaan pada hari ini. UMNO yang dituduh berfahaman pragmati dan secular, taghut, kafir dan sebagainya, akhirnya mereka sendiri terpaksa menjalankan strategic partnershipdengan PKR yang memang melandaskan pemahaman secular, sementara DAP pula menolak perlaksanaan hudud secara total, Karpal Singh sudah menderhaka kepada raja, namun begitu Karpal tidak memakai serban, Karpal bertindak atas kapasitinya atas seorang yang berpegang pada undang-undang, kerana itu beliau mengatakan Anwar haruslah bertaubat kerana tidak bermoral. Makin hari makin berubah haluan PAS.
Kopiah putih yang dibubuh atas kepala dan tudung labuh bagi muslimahnya seakan akan lupa bahawa mereka berpolitik. Politik Islam yang mereka dakwa hanya membawa packaging yang berbeza. Benar Nabi syorkan berpolitik, tapi politik Islam ada prinsipnya tersendiri, bukan pada mulanya menjunjung martabat Melayu, membela nasib dan identiti Melayu Islam, akhirnya merusuh didepan istana, kerana tak puas hati keputusan yang sememangnya hak Sultan kerana Nizar sendiri tak mampu kawal keadaan. Bukan itu sahaja, kerana geramkan helah politik Barisan, Nizar bersekongkol dengan bukan Melayu untuk menyaman Sultan.
Saya tidak tahu apa yang dikatakan Anwar Ibrahim untuk membeli sokongan mereka, namun kalau mata saya belum salah, kalau telinga saya masih boleh mendengar, Interview Anwar di hardtalkmengatakan beliau tidak mahukan kerajaan berdasarkan shariah atau hudud. Yang beliau hanya mampu janjikan adalah kebebasan agama. Sanggupkah ulama PAS percaya pada seseorang yang bermuka dua begini? Atau adakah mereka tak tonton BBC kerana tak faham bahasa Inggeris?
Cuba cerminkan muka mereka sekarang. Perhatikan statement demi statement yang keluar dari mulut mereka, nescaya mereka akan dapati diri mereka tidak banyak bezanya lagi dengan Barisan Nasional yang mereka kafirkan. Pada awalnya, pihak lawanya sahaja yang dikafirkan, akhir sekali, seorang mufti yang menegur dianggap bapak syaitan. Masih ada akalkah mereka? Baca buku saya
Mereka Yang Hilang Akal.Be careful when you fight the monsters, for in the process you might turn into one yourself-Nietzche.
Hati-hatilah bila bergaduh dengan makhluk perosak, akhirnya bila hilang akal,kita sendiri bertukar menjadi makhluk perosak kaki kacau. Bilamana PAS bertindak pragmatic, mendahulukan politik sebelum prinsip, PAS bukanlah lagi alternative bagi mereka yang mahukan kerajaan Akhirat. Saya usulkan bagaimana kalau PAS kembali kepada UMNO, hentikan perang saudara ini, cantumkan semula sungai yang lama terpisah, nescaya kemahuan dunia dan akhirat kedua- duanya dapat diperolehi. Insya-Allah hasil kerjasama kedua-dua parti yang berniat mahu majukan Malaysia dan masa depan umat Melayu agar menjadi kaum yang berilmu, berminda kreatif, berakhlak mulia dan mencintakan keadilan dan kebenaran. Insya-Allah, kaum Arab juga akan menurut precedent yang kita mulakan ini.
Hasil sintesis kedua-dua ini mampu menghasilkan bangsa yang berintegriti. Country before party. Cuba contohi Khairy Jamaluddin yang walaupun dalam pertandingan merebut kerusi Ketua Pemuda, sempat menyuarakan keperluan kepada pemuda untuk bersatu bagi memadukan jentera Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil di kedua bukit.
Kita tidak mahu mengikut Barat dalam segalanya. Hanya kerana kitaterbaca the end of history and the last man yang mendakwa capitalism-liberalism telah memenangi peperangan ideology kita cepat-cepat tinggalkan roh Islam dan musyawarah demi 2 parti demokrasi. Kalau anda teliti politik Barat, dakwaan Fukuyama hari ini memakan diri apabila sistem politik Barat akhirnya mengakibatkan krisis ekonomi dunia pada hari ini, di samping kegagalan mereka di Negara Afghanistan, Palestin dan Iraq. Wujud pakar-pakar ekonomi yang mendakwa demokrasi seperti yang diamalkan sekarang adalah perkara yang paling teruk buat ekonomi Negara.
Tsunami politik yang digambarkan pihak pembangkang tidak lain dan tidak bukan adalah sebuah disaster. Ini kerana tsunami itu bersifat sementara, kerana selagi ada manusia atau kaum yang terselamat, mereka mampu, andai mereka merubah cara hidup untuk bangunkan kembali apa yang selama ini mereka nikmati. Lihatlah contoh cucu Nabi Saydina Husayn yang berani korbankan nyawanya diperistiwa yang disebut sebagai Dhibhul aazim, atau perhatikan umat Palestin pada hari ini. Dengan semangat dan kesedaran, setiap bencana mampu diatasi.
Kita tidak mahu parti politik yang demi mahukan sokongan terhadapnya akan meminjam dari masa depan bangsanya, berhutang dengan anak-anak demi memuaskan kehendak nafsu yang akhirnya menganiayakan bangsa. Buangkan jauh-jauh fahaman yang mencabar integriti keIslaman dan institusi Melayu yang cintakan keamanan. Katakanlah tak nak kepada Anwar, yang memulakan peraduan melompat parti melalui pintu belakang. Akhirnya ditegur Karpal Singh kerana tidak layak untuk memimpin Pakatan Rakyat kerana tidak bermoral.
Lihatlah janji Anwar dengan nak menurunkan harga minyaknya, akhirnya rakyat naik minyak, harga minyak dan ekonomi merudum, sekaligus dengan nilai estetika kaum Melayu yang penuh adab dan tata susila. Akhirnya lahir Melayu seperti PAS yang sanggup menderhaka kepada Raja. Anwar bukanlah diatur prinsip tapi diatur apa yang boleh memuaskan nafsu untuk jadi Perdana Menteri, akhirnya kerusi Nizar sekarang milik Zambry, dan Najib akan menduduki kerusi Perdana Menteri. Benar sebuah tsunami telah berlaku, akan tetapi pastikan gelombang rakyat ini tidak pada akhirnya merosakkan rakyat.
Sebagai manusia, kita harus selalu meragui diri sendiri, harus selalu sedar akan kelemahan diri kita. Kerana kelemahan diri inilah kita hidup bermasyarakat, kerana itulah saudara mu’min itu adalah cermin kita. Namun begitu cermin ini harus jujur, jangan jadi cermin pengampu, kerana jika tidak, rakan kita yang berjalan dengan arang diconteng pada mukanya akan terus berjalan dengan bangga.
No-man is an island. Jacob Needleman, seorang ahli falsafah yang menulis buku Why Cant We Be Good? Mendakwa bahawa sifat kelemahan manusia adalah universal. Adam dan Hawa ada dalam setiap diri kita, yakni bertindak terhadap sesuatu meskipun kita tahu bahawa ia salah. Bila kita memahami wahdatul wujud yang dibawa Muhyiddin ibn Arabi, kita akan tahu bahawa iblis juga wujud dalam badan kita, dan tujuan kehidupan ini adalah untuk menguasainya. Pemimpin kita haruslah mempelajari hakikat demi menjalankan syariat, agar mereka berjaya dalam peperangan good vs evil, iaitu perang yang sebenarnya.
Sedih sekali bila kita menyangka berjaya menipu diri kita dengan mendakwa apa yang kita lakukan adalah kehendak Tuhan. Akan tetapi sepandai-pandai kita menipu diri kita sendiri, akan wujud kata hati yang tidak senang dengan tindakan kita. Tuhan tetap menghantar Nabi, Rasul demi mengingatkan kita akan suara hati ini. Kata Jacob Needleman lagi, ‘pada asasnya semua agama itu bertujuan sama, yakni keamanan manusia’.
Beliau bercerita tentang seorang Yahudi tua yang ditanya oleh seorang pemuda tentang agamanya. Kata sang pemuda, ‘kalau engkau berjaya mengajarku segala sesuatu tentang agama kau sementara aku berdiri atas satu kaki, akan aku anuti agamamu’.
Kata pendeta tersebut ‘apa yang kau mahukan untuk dirimu, mahukanlah juga untuk orang lain, sekarang, pergilah belajar’.
Bacaan ini sangat menarik minat saya, kerana saya teringatkan bahawa kata-kata itu menyerupai kata-kata Buddha melalui Golden rulenya. Dan juga hadis Nabi Muhammad yang mafhumnya,
‘Tidak beriman salah satu dari kamu sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya,apa yang dicintai dirinya’.
Imam Khomeini pula berkata; ‘Tidak kutemui kebenaran di pembelajaran Hawzah, atau di masjid, tapi kutemuinya dikalangan pencinta’.
Sekaligus mengakibatkan saya insaf, dan makin menguatkan iman saya bahawa Tuhan tidak pernah mezalimi bangsa manusia, jika tidak diberi kitab, kita diberikan akal sehinggakan setiap anak Adam mampu mencapai jalan penyelesaian yang sama. Akallah sebenar-benar anugerah Tuhan.
Maka bagi mu’min yang beriman saya ingatkan lagi sebuah hadis yang mafhumnya, ‘Allah tugaskan bagi mu’minin, apa yang ditugaskan mursalin atau Nabi- Nabi, dan ini adalah pesan amar ma’ruf dan nahi mungkar’. Sudahkah anda melakukanya? Jika anda mahukan keamanan buat dunia, maka mulakanlah melakukan tanggungjawab yang gunung-ganang pun tak sanggup memikulnya, patuhi suara kebenaran, namun cegahlah dirimu dari kemungkaran yang tidak pernah penat berbisik dan mencipta helah agar engkau terus tertipu dan patuh kehendaknya.
"Sasterawan, seniman dan pengarang adalah hati nurani masyarakat dan bangsanya. Apa yang dirasakan, difikirkan, diharapkan, dihasratkan oleh bangsanya, adalah bergetar dalam jiwanya."- Pramoedya Ananta Toer
Pak Habib.
No comments:
Post a Comment