Monday, July 16, 2012

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT





Add caption
“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”


Serangan kepada umat Islam pada abad ke 21 ini makin mencabar, Umat Islam tidak sahaja ditentang melalui senajata api , bom , roket dan sebagainya, tetapi Umat Islam kini di serang melalui pemikiran dan ideologi2 ciptaan manusia. Melalui media sosial, Media electronik dan lain2 lagi medium yang membawa seribu kemusnahan.

Di Malaysia, walaupun kerajaan sekarang masih di pegang oleh Melayu Islam, namun masih ada lagi bangsa melayu yang cuba menjatuhkan kerajaan Islam yang sedia ada. Dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal, kerajaan ini dihalalkan oleh mereka untuk dijatuhkan dengan apa cara sekalipun. Bahkan mereka sanggup bersekongkol dengan musuh Islam untuk menjayakan misi JIHAD JAHAT mereka. Dengan melebelkan musuh politik dengan kafir , munafik dan sebagainya , mereka menghasut rakyat supaya benci kepada kerajaan walaupun apa saja kebaikan yang telah dibuat.

Hari ini, bukan melayu sudah berani bersuara meminta yang bukan-bukan. Berani mempertikai hak -hak istimewa orang melayu,berani memperlekehkan institusi Raja- Raja melayu dan paling biadap berani mempertikai Islam sebagai agama persekutuan Tanah Melayu. Kenapa ini berlaku...??? Ini kerana ada segelintir pengkianat-pengkianat bangsa dan agama yang membenarkannya. Malah mereka menyokong agar sistem negara Raja berperlembagaan di tukar kepada Republik. Begitulah onar yang terpaksa dihadapi oleh kita.
Umat Islam, terutamanya bangsa melayu di Malaysia tiada jalan lain melainkan kembali bersatu dalam jemaah Umat Islam serta melupakan sengketa yang sesama sendiri, kerana ia bisa menghancurkan kekuatan Islam. Samada kita suka atau tidak , musuh Islam menunggu masa untuk menghancurkan sisa-sisa Islam di bumi bertuah ini.

Ingat! Sesungguhnya Melayu dan Islam tak boleh dipisahkan. Kesejahteraan negara Malaysia tercinta adalah pada kekuatan bangsa Melayu dan kemuliaan bangsa Melayu adalah dengan sebab mereka menjadikan Islam sebagai panduan dan pedoman hidup.

No comments:

Post a Comment