Friday, October 28, 2016

AHLI MCA WAJAR MESRA MEDIA SOSIAL




Media Sosial merupakan media alternative telah digunakan secara meluas di Malaysia dan ianya amat berpengaruh sehingga ia memberi kesan secara langsung kepada rakyat Malaysia samada memberi faedah atau sebaliknya. Media Sosial juga telah menjadi alat yang berkesan untuk berkongsi maklumat, bahkan ia juga telah disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan maklumat salah.

Dengan perkembangan dan kemajuan media sosial di Malaysia, kita perlu sedar bahawa keselamatan negara telah terbuka dengan pelbagai ancaman, meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah dan ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.

Justeru itu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru ahli MCA memanfaatkan media altenative ini bagi menangkis fitnah dan tuduhan liar menerusi media sosial yang saban hari dilakukan oleh pembangkang. 

Beliau mahu belia MCA bangkit menerangkan kepada rakyat penipuan dan tohmahan yang dibuat oleh pembangkang di media sosial setiap hari. Hasutan dan pemesongan fakta oleh media pembangkang boleh ditangkis jika ahli MCA memanfaatkan pengunaan teknologi hari ini seperti gajet handphone dan sebagainya.

Hari ini pengunaan handphone pintar sudah menjadi kelaziman bagi rakyat Malaysia, oleh itu. Oleh itu ahli MCA boleh mengunakannya untuk menyampaikan maklumat yang benar dan berfaedah terutama kepada komuniti Cina yang terdedah dengan fitnah yang dilakukan oleh DAP dan koncu-koncu mereka. 

Banyak sudah usaha kerajaan bagi membantu rakyat, pekara seperti inilah yang patut disebar dan diviralkan kepada rakyat agar mereka mengetahui bahawa kerajaan BN sentiasa membela nasib mereka. 

Ahli MCA seharusnya melipat gandakan lagi usaha bertemu rakyat bagi menarik sokongan rakyat kepada kerajaan yang sentiasa membela nasib mereka. Rakyat harus disedarkan bahawa kerajaan BN lah yang sentiasa mendengar keluhan hati mereka. 


No comments:

Post a Comment