Wednesday, September 13, 2017

"PENAHANAN HARAM" GUAN ENG BIADAP , ANGKUH



Pemuda UMNO negeri hari ini membuat laporan polis bagi menggesa tindakan tegas diambil ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang menyifatkan penahanan Exco Kerajaan negeri, Phee Boon Poh sebagai 'penahanan haram'.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, kenyataan Guan Eng itu bersifat tuduhan jahat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali gus tindakan undang-undang perlu diambil segera.


"Dengan laporan yang dibuat ini, kita harap tindakan segera diambil bagi menjaga kredibiliti dan imej SPRM.

"Peluang memohon maaf telah diberikan kepada Guan Eng tetapi diabaikan beliau, jadi kita tidak mahu isu ini diam begitu sahaja," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya pada 24 Ogos lalu membuat kenyataan tersebut sebelum SPRM memintanya memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu dalam masa 48 jam.

Bagaimanapun, Guan Eng tetap mengambil pendekatan membisu sehingga ke hari ini.

Tuesday, September 12, 2017

SITI KASIM SERANG LAGI



Dewan Pemuda Pas Kelantan menggesa pihak polis segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas tiga individu yang didakwa menghina Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s, para ulama dan agama Islam baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, pihaknya kesal dengan tindak-tanduk tiga individu berkenaan iaitu peguam Siti Kassim serta pemimpin parti pembangkang, David Orak dan Ronnie Liu yang disifatkan melampau.


Katanya, jika tiada sebarang tindakan tegas diambil, perbuatan sama mungkin diulangi pihak lain sekali gus mencemarkan imej Islam yang merupakan agama rasmi negara.

“Dalam laman sosial Facebook pada 1, 7 dan 8 September lalu, Siti Kassim dan David Orak membuat kenyataan yang menyimpang daripada Islam sebenar.

“Tindakan mereka boleh mengelirukan umat Islam jika tidak dihalang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Monday, September 11, 2017

DAP MUSUH SEBENAR




Pas menyeru semua pihak termasuk bukan Islam supaya menolak parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsepkan sekularisme seperti DAP dan gabungan parti yang menjadi anggota Pakatan Harapan.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana DAP dan Pakatan Harapan memisahkan urusan kehidupan daripada agama dan boleh me­nu­kar agama dengan apa sahaja serta menjadikannya alat kepada siapa sahaja demi kepentingan politik sementara.


“Mereka sudah menunjukkan sifat negatif dengan hanya mentadbir negeri, belum lagi negara, dan telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk ini, lebih-lebih lagi menunjukkan keberanian mahu merungkai perkara asas dalam kontrak sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara.

“Berbeza dengan Pas di Kelantan yang boleh meneruskan perjuangannya walaupun dicekik dan dijerut lehernya, namun tetap tidak dapat dicucuk hidungnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Hadi, Pas juga tidak mengharapkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana tidak mempercayai kepemimpinan gabu­ngan tersebut.

Advertisement

“Pas tidak mengharapkan Pakatan Harapan kerana mengenali semua mereka yang terlibat dengan penubuh­annya, tidak boleh di­percayai ha­ra­pannya.

“Ini kerana mereka hanya bergantung ha­rapan dalam Kabinet bayangan dan konsep matlamat menghalalkan cara yang lemah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menambah, Pas juga tidak perlu terikut-ikut dengan propaganda pihak lain yang kononnya bimbang Pas ditipu oleh UMNO atau UMNO ditipu oleh Pas.

“Islam mengajar penganutnya bahawa urusan ikhlas dan niat menipu tidak mengira Pas atau UMNO dan sesiapa sahaja adalah perkara tersirat yang menjadi urusan ilmu Allah dan balasannya daripada Allah, urusan kita apa yang zahir sahaja,” katanya



Sunday, September 10, 2017

APA SEBAB KIT SIANG SAYANGKAN TUN MAHATHIR ?

Pelik sungguh kalau kita tengok kasih sayang antara Kit Siang dan Tun Mahathir, macam kawan lama sehati dan sejiwa. Padahal semasa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, Lim Kit Siang lah orang yang paling membencinya dan menjadi musuhnya nombor satu. 




Berkurun lamanya DAP menentang Tun Mahathir, bukan sehari dua. Kebencian mereka kepada Tun Mahathir sejak belum dia diangkat menjadi Perdana Menteri lagi. Alih-alih tiba-tiba mereka begitu sayang kepada Tun Mahathir, terutama Penasihat DAP Lim Kit Siang. Apa sebenarnya yang mereka mahu dari Tun Mahathir ? 

Sudah tentulah mereka tak pernah percaya kepada Tun Mahathir, semasa dia menjawat sebagai Perdana Menteri pun mereka tak pernah menyokongnya, apatah lagi selepas dia tak ada apa-apa jawatan, lagilah tak ada HARAPAN. 

Sebenarnya seperti mana yang Tun Mahathir pernah ceritakan dahulu, masing-masing berniat untuk menipu satu sama lain. Lim Kit Siang berharap boleh menipu Tun Mahathir dan meletakkan parti DAP dan anaknya di tempat yang tinggi. Begitu juga Tun Mahathir , berniat untuk menipu parti DAP dan mahukan anaknya juga berada di heiraki yang tertinggi. 

Mereka berhasrat untuk memecahkan undi orang Melayu. Jika tidak dapat ke DAP undi Melayu pergi ke parti BERSATU. Dengan itu undi untuk UMNO akan berkurang dan DAP kekal atau mendapat lebih undi. Itulah perancangan mereka yang tidak perlu disembunyikan lagi. Tak ada apa-apa yang boleh disembunyikan pun. Melainkan jika orang Melayu buta hati tidak dapat melihat permaianan politik dari dua politikus usang yang menunggu masa untuk gugur. 

Selama 22 tahun Tun Mahathir jadi Perdana Menteri tidak pernah sekali pun Lim kit Siang merestui segala keputusan kerajaan, oleh itu tidak mungkin selepas bersara Lim Kit Siang akan bersetuju atau mengikut saja kata-kata Tun Mahathir.  Lepas habis PRU ke 14 nanti percayalah Lim Kit Siang akan biarkan Tun Mahathir terkontang kanting dengan parti cap ayamnya. 

Saturday, September 9, 2017

MRT 3 BAKAL DI LAKSANA LEBIH AWAL



Jelas sekali Transit Aliran Massa (MRT) telah memberi impak yang positif kepada rakyat dan negara.  Rata-rata rakyat menyambut baik projek PRORAKYAT ini sehinggakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melepaskan peluang merasai pengangkutan awam bertaraf dunia itu. 

Penulis sendiri telah menaiki MRT sebanyak 5 kali pada awalnya fasa 1 memang tak ramai yang menggunakananya kerana ia belum siap sepenuhnya. Namun selepas siap sepenuhnya Fasa ke 2 iaitu dari Sungai Buloh ke Kajang, semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan MRT.

Impak paling terkesan yang penulis dapat lihat dengan mata kepala sendiri ialah kesesakan lalu lintas sudah beransur-ansur kurang. Walaupun masih ada namun ianya sudah kelihatan reda. Jika di Selayang baru, selepas bulatan besar Jalan Kuching begitu selesa bergerak sehingga simpang Jalan Ipoh.  Kesesakan hanya berlaku dekat Pasar Borong sahaja. 


Ianya mungkin kesan daripada ramai orang menggunakan perkhidmatan KTM di Batu Caves dan Taman Wah Yu. Tidak seperti sebelum ini, dari Selayang hinggalah ke Bulatan Jalan Duta kereta bersesak-sesak. Inilah kesannya apabila rakyat mula menggunakan pengangkutan awam. 

Justeru itu tidak hairanlah jika Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendapat lampu hijau cadangan  agar MRT 3 dipercepatkan setelah mendapat respon positif dari YAB Perdana Menteri. MRT 3 bakal dibina di laluan berimpak tinggi dekitar Greater KL yang menghubungkan lebih banyak stesen. 

MRT 1 fasa 1 dan fasa 2 yang telah menunjukkan prestasi yang cukup baik, rata-rata rakyat yang menggunakan perkhidmatan MRT menyatakan mereka cukup berpuashati dan sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri. Sehinggakan bekas Perdana Menteri yang kuat menentang pun tak sabar hendak merasai pengangkutan moden bertaraf dunia. 

MRT 1 SBK sepanjang 51 kilometer melalui 31 stesen termasuk 7 stesen bawah tanah telah beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai 2017. Sebelum itu fasa 1 Sungai Buloh Semantan telah mula beroperasi dahulu pada 16 Disember 2016.

Seterusnya MRT 2, Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya  dijangka siap pada tahun 2024. Manakala MRT 3 yang akan melalui laluan Greater KL bakal siap pada tahun 2027.  Setiap projek  mengambil masa 5 tahun tempoh untuk siap oleh sebb itulah Liow Tiong Lai mahu ianya dipercepatkan pembinaannya agar dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara sepenuhnya.





Wednesday, September 6, 2017

PENDATANG ASING ATAU PENGGANAS ASING ?



Hari ni polis tangkap beberapa kumpulan pendatang asing yang terlibat dalam kumpulan pengganas , antaranya DAESH, JMB dan dan Abu Sayyaf.

Mereka dikatakan mensasarkan temasya sukan SEA sebagai operasi serangan pertama mereka Di Malaysia. Syukurlah pasukan polis bertindak dengan pantas dan dapat memberkas mereka.

Atas sebab apa pun kita tak tahu kenapa mereka cuba menjadikan Malaysia sebagai sasaran mereka. Sedangkan perjuangan mereka atas nama Islam.

Kita tidak tahu entah berapa ramai lagi diluar sana yang masih bebas bergerak dalam negara. Maklumlah pendatang asing dalam negera kita ini berjuta-juta, susah kita nak kenal pasti siapa mereka.

Oleh itu saya amat bersetuju dengan cadangan kerajaan agar pengambilan pekerja asing perlu melalui proses antara Kerajaan dengan Kerajaan, bukan melalui agensi entah apa-apa. Biar kita kenal siapa mereka yang masuk ke negara kita.

Lagipun dengan cara ini sekurang-kurang dapat mengurangkan kes rasuah dan salahguna kuasa dikalangan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam hal ehwal pendatang asing. Saya tak nak cakaplah mereka dari agensi mana, tapi kebanyakkan mereka telah di tangkap oleh SPRM.

Jadi jangan ada pula yang meroyan jika kerajaan buat tindakan, kerana semua itu demi keselamatan negara kita. Bayangkan jika separuh dari pendantang asing yang tak ada dokumen tu pengganas yang bersenjata ?

PAMER PERWAKILAN CEC JIKA DAP BUKAN PENIPU


Pemimpin DAP bukan sahaja menipu rakyat Malaysia, bahkan penyokong dan ahli DAP sendiri di tipu hidup-hidup oleh DAP. Pemimpin atasan DAP tidak pernah habis dengan politik kotor mereka, sehinggakan ahli naik muak dan meluat dengan retorik mereka.

Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan yang tidak puashati dengan pemilihan Jawatan Eksekutif Pusat (CEC) mahukan pimpanan DAP yang masih belum sah mempamerkan senarai nama yang layak mengundi dalam pemilihan semula CEC lepas berdasarkan senarai nama pada 2012. 

Penulis tidak yakin pemimpin DAP berani berbuat demikian. Sudah tentu  semua yang telah di pilih akan kantoi dengan penipuan yang mereka buat selama ini. Sebenarnya kebanyakan ahli DAP pun sedar tentang penipuan dan taktik jahanam pemimpin mereka. Mereka hanya tunggu masa untuk "kuburkan" politik anak beranak Dinasti Lim. 

Perangai buruk mereka ini telah lama didedahkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bahawa DAP ini tidak pernah pernah habis bermain politik. Tidak pernah dalam pemikiran pemimpin DAP untuk bantu rakyat melainkan bermain politik. 

Sebab itu tidak heran jika Presiden MCA itu menemplak pemimpin DAP sebagai pemimpin gila kuasa,  “Dalam parti DAP tidak ada demokrasi… dalam parti itu yang ada hanya Lim Kit Siang dan anaknya (Lim Guan Eng) sdn berhad. Ia satu syarikat bapa dan anak" 

Beliau yakin jika diadakan pemilihan CEC DAP dengan telus dan adil, Dinasti Lim akan terkubur, kerana ahli DAP sendiri sudah masak benar dengan kelicikan kedua-dua anak beranak tersebut. 

Kali ini ahli akar umbi DAP  akan menolak sebarang usaha penipuan, pemalsuan atau taktik licik yang dijalankan oleh beberapa kumpulan tertentu yang akan mence­mar­kan pemilihan yang dijangka diadakan awal bulan hadapan.

Sudah tentu pemilihan CEC kali ini akan di pantau oleh ahli-ahli DAP dengan penuh curiga. Bahkan seluruh negara akan melihat bagaimana Dinasti Lim sekali lagi akan membuat aksi silap mata bagi mengabui mata pemilih. 

Tidak dapat tidak DAP tetap perlu mengadakan pemilhan semula CEC atau mereka berhadapan dengan pengharaman oleh ROS. Dinasti Lim bagaikan berada di persimpangan yang mana dihadapan mereka harimau yang ingin menerkam dan dibelakang mereka jurang yang sangat dalam. 

Kita nak lihat adakah DAP berani mempamerkan semua nama-nama perwakilan yang layak mengundi di akhbar-akhbar tempatan. Penulis yakin kali ini Dinasti Lim akan tumbang. Kita tunggu dan lihat. 




“