Showing posts with label sandiwara umno. Show all posts
Showing posts with label sandiwara umno. Show all posts

Tuesday, October 13, 2015

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN DAP

"Yakinlah MCA tidak pernah serta tidak akan menyerah kalah, malah akan terus mengalas tanggungjawab memajukan Malaysia atas dasar kebersamaan dan kesefahaman antara kaum",



Semua orang hendak hidup aman damai dan harmoni. Siapa yang hendak hidup dalam kesusahan dan haru hara ?Tidak ada manusia yang hendak hidup mereka sebegitu. 

Namun tidak begitu bagi DAP, mereka suka rakyat bertelagah. Mereka suka rakyat bergaduh. Mereka suka membuat orang Melayu dan orang Cina berselisih. Kerana apa ? Kerana ini akan memberi mileage politik kepada mereka. Selepas itu mereka mengambil kesempatan dengan berpura-pura seolah-olah jaguh perpaduan kaum, padahal mereka yang memulakan dahulu. 


Perkara ini telah dinyatakan oelh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Menurutnya DAP sudah lama menyemai benih kebencian antara kaum. Menyemai sikap radikal dalam masyarakat sehingga menimbulkan kegelisahan dan kegusaran kaum lain sehingga merugikan masyarakat Cina sendiri. Mereka bukan hendak bantu meningkatkan ekonomi masyarakat Cina, bahkan mereka sedang memusnahkannya. Mereka membawa kerugian kepada masyarakat Cina. 

Usahlah kita percaya dengan slogan-slogan indah DAP yang kononnya ingin berjuang untuk semua rakyat. Tidak ada rekod pun perjuangan mereka untuk rakyat. Tengoklah apabila mereka berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang, adakah mereka membantu rakyat ? Tidak ada...bahkan mereka menyusahkan lagi hidup rakyat dengan menaikkan pelbagai jenis cukai yang sebelum ini kerajaan Barisan Nasional kekalkan demi kesejahteraan rakyat.

MCA lebih mementingkan keharmonian kaum, kesejahteraan rakyat dan perpaduan nasional. Sebab itulah selama ini walaupun ada berlaku pergesaran kaum, MCA dapat menyelesaikannya dengan aman dan harmoni. MCA menolak pendekatan konfrontasi, kerana ia lebih mendatangkan mudharat kepada semua pihak. 

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau akan terus berjuang dan mendedahkan taktik kotor pakatan pembangkang  supaya rakyat tidak lagi terperdaya dengan mereka.  Baginya, MCA berikrar tetap setia berjuang dalam Barisan Nasional dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri memperjuangkan agenda tranformasi selain memperkukuhkan persepsi terhadap parti. 

"Yakinlah MCA tidak pernah serta tidak akan menyerah kalah, malah akan terus mengalas tanggungjawab memajukan Malaysia atas dasar kebersamaan dan kesefahaman antara kaum", Datuk Seri Liow Tiong Lai.










Monday, March 18, 2013

TERBUKTI VIDEO ITU BESI ....SANDIWARA UMNO LAGI...!!!



Sepatutnya sepertimana mesej yang diterima, malam ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib akan memimpin satu majlis solat hajat dan bacaan Yassin, solat maghrib dan solat Isyak bagi menolak apa yang dikatakan sebagai FITNAH UMNO di rumah Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.


ekoran tersiarnya gambar-gambar hubungan sejenis dua lelaki yang mana salah seorang daripada mereka menyerupai Anwar Ibrahim pada penghujung tahun-tahun 90-an.


Bagaimanapun, adalah difahamkan, Anwar Ibrahim tidak berada di rumahnya malam ini, sebaliknya telah berlepas ke Bintulu dengan menaiki pesawat MH2742 pada jam 10:40 pagi tadi. Dari Bintulu, keesokan harinya dia akan meneruskan perjalanan ke Kuching dengan pesawat MH 229. Pada jam 10:40 pagi 18 Mac juga, dia akan meneruskan perjalanan ke Singapura dari Kuching dengan penerbangan MH 643 dan transit di KLIA.

Diajukan perkara itu kepadanya, Harun Taib terus melenting dan berkata, dia tidak tahu menahu tentang majlis tersebut. Bahkan dia menafikan akan memimpin solat hajat tolak fitnah liwat III di kediaman Anwar Ibrahim malam nanti.

Harun ketika dihubungi wartawan sebentar tadi, kesal dengan tindakan PKR menggunakan namanya tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Dan ketika ditanya tentang gambar-gambar yang tersebar di blog-blog politik tempatan yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, Harun menjelaskan dan mengakui, dia telah melihat gambar-gambar tersebut. Malah perkara itu juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Ulama PAS Pusat.

Ketika ditanya sama ada dia yakin lelaki di dalam gambar-gambar berkenaan adalah Anwar Ibrahim, Harun Taib terdiam seketika dan kemudian berkata, "Kita dah bosan dengan cerita-cerita moral Anwar Ibrahim!"

Menurutnya lagi, perkara itu membuang masa serta mengganggu kelancaran misi Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Harun juga berharap kali ini PAS akan dapat membuat satu keputusan muktamad kerana tidak banyak lagi masa yang tinggal untuk menghadapi PRU13.

Ada banyak perkara tersirat dan tersurat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Harun Taib, terutama ayatnya, 'KITA DAH BOSAN DENGAN CERITA-CERITA MORAL ANWAR IBRAHIM!"

Tetapi yang sahnya ialah, Harun sudah menyampah dengan tindakan PKR yang sangat gemar mempergunakan namanya semata-mata untuk membersihkan najis Anwar Ibrahim!

TIAN CHUA PATUT DI HUKUM


RAMAI sebenarnya yang geleng kepala bila membaca kenyataan media oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menggesa pendakwaan rasmi ke atas Naib Presiden PKR, Tian Chua digugurkan atas alasan wujudnya manipulasi oleh media.
tian chua (1)
Entah siapa yang nak ditipunya tak tahulah, namun realitinya kenyataan asal Tian Chua yang memperolokkan insiden di Lahad Datu, Sabah bukannya disiarkan oleh Utusan Malaysia, Berita Harian atau TV3, sebaliknya terpampang jelas dalam portal milik PKR.
Dalam artikel bertarikh 1 Mac 2013 itu, Tian Chua dipetik sebagai berkata;-
“pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.”
Manakala dalam perenggan pertama artikel itu pula menyebut;-
“Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.”
Siapa sahaja yang membaca kenyataan di atas tentunya faham betapa terang lagikan bersuluh maksudnya menjurus kepada memperolokkan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Sama ada di baca secara tersurat atau tersirat, pengertiannya tetap sama.
Menuduh media perdana memanipulasi dan memutar belitkan kenyataan Tian Chua memang semudah ABC, sama sebagaimana mudahnya Tian Chua menuduh kejadian di Sabah adalah sandiwara dan konspirasi UMNO & Kerajaan. Tapi imaginasi dan realiti banyak perbezaannya.
Nik Nazmi itu mungkin bermaksud mahu membuktikan solidaritinya sesama rakan seperjuangan dalam PKR, tapi ia nyata tidak bijak sama sekali sebaliknya mengundang lebih banyak cemuhan umum terhadap parti itu.
Di saat genting sebegini di mana negara sedang diancam pencerobohan dan keganasan oleh kumpulan pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III, memang tidak wajar dibiarkan begitu sahaja komen negatif sebagaimana diungkapkan oleh Tian Chua.
Sekalipun Tian Chua adalah Ahli Parlimen, ia tetap bukan satu lesen untuknya meremehkan peristiwa berdarah yang berlaku di Sabah, malah sebagai Ahli Parlimen juga bukannya alasan kukuh untuk pemimpin kanan PKR itu di beri keistimewaan untuk bebas dari sebarang pendakwaan di Mahkamah.
Kenyataan Tian Chua itu tidak hanya menunjukkan dirinya tiada semangat patriotisme malah meletakkannya setaraf seperti pengkhianat. Orang sebegini layakkah diangkat sebagai pemimpin? Tentu sekali tidak!
Proses pendakwaan dan perbicaraan terhadap Tian Chua wajib diteruskan, desakan atau gesaan supaya kes ini digugurkan jangan sesekali dilayan. Negara kita ada undang-undang, pemimpin atau rakyat, orang kenamaan atau orang biasa, jika terbukti bersalah wajib dihukum.