Tuesday, October 13, 2015

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN DAP

"Yakinlah MCA tidak pernah serta tidak akan menyerah kalah, malah akan terus mengalas tanggungjawab memajukan Malaysia atas dasar kebersamaan dan kesefahaman antara kaum",



Semua orang hendak hidup aman damai dan harmoni. Siapa yang hendak hidup dalam kesusahan dan haru hara ?Tidak ada manusia yang hendak hidup mereka sebegitu. 

Namun tidak begitu bagi DAP, mereka suka rakyat bertelagah. Mereka suka rakyat bergaduh. Mereka suka membuat orang Melayu dan orang Cina berselisih. Kerana apa ? Kerana ini akan memberi mileage politik kepada mereka. Selepas itu mereka mengambil kesempatan dengan berpura-pura seolah-olah jaguh perpaduan kaum, padahal mereka yang memulakan dahulu. 


Perkara ini telah dinyatakan oelh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Menurutnya DAP sudah lama menyemai benih kebencian antara kaum. Menyemai sikap radikal dalam masyarakat sehingga menimbulkan kegelisahan dan kegusaran kaum lain sehingga merugikan masyarakat Cina sendiri. Mereka bukan hendak bantu meningkatkan ekonomi masyarakat Cina, bahkan mereka sedang memusnahkannya. Mereka membawa kerugian kepada masyarakat Cina. 

Usahlah kita percaya dengan slogan-slogan indah DAP yang kononnya ingin berjuang untuk semua rakyat. Tidak ada rekod pun perjuangan mereka untuk rakyat. Tengoklah apabila mereka berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang, adakah mereka membantu rakyat ? Tidak ada...bahkan mereka menyusahkan lagi hidup rakyat dengan menaikkan pelbagai jenis cukai yang sebelum ini kerajaan Barisan Nasional kekalkan demi kesejahteraan rakyat.

MCA lebih mementingkan keharmonian kaum, kesejahteraan rakyat dan perpaduan nasional. Sebab itulah selama ini walaupun ada berlaku pergesaran kaum, MCA dapat menyelesaikannya dengan aman dan harmoni. MCA menolak pendekatan konfrontasi, kerana ia lebih mendatangkan mudharat kepada semua pihak. 

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau akan terus berjuang dan mendedahkan taktik kotor pakatan pembangkang  supaya rakyat tidak lagi terperdaya dengan mereka.  Baginya, MCA berikrar tetap setia berjuang dalam Barisan Nasional dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri memperjuangkan agenda tranformasi selain memperkukuhkan persepsi terhadap parti. 

"Yakinlah MCA tidak pernah serta tidak akan menyerah kalah, malah akan terus mengalas tanggungjawab memajukan Malaysia atas dasar kebersamaan dan kesefahaman antara kaum", Datuk Seri Liow Tiong Lai.