Tuesday, August 14, 2018

TAHU KE TAK TAHU, TITIK PERPULUHAN ...???!!!




BAGAN ! tahu ke tak tahu .... titik perpuluhan boleh menukarkan angka Juta kepada bilion ?

Saya nak tanya, BAGAN Tahu ke tak tahu ? Tahu ke tak tahu....cakaplah ! Apasal diam ???

Kalau tak tahu cakap lah tak tahu ! Boleh saya minta PONTIAN dan REMBAU Sekolahkan.

Jangan pula belajar dengan JELUTONG ...., dia tahu sebut "kepala bapak" saja.



Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memohon maaf dalam sidang Dewan Rakyat hari ini kerana tersilap lapor mengenai jumlah sebenar baki dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan minggu lalu.




Beliau berkata, baki tabung itu adalah RM148.6 juta dan bukannya RM1,486 juta (RM1.48 bilion) seperti yang dinyatakannya sebelum ini.


Ahli Parlimen Bagan itu memberitahu, kesilapan yang tidak disengajakan itu berpunca daripada ke­salahan yang dilakukan pegawai di pejabatnya yang tersalah meletakkan titik perpuluhan.

“Jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah lebih besar berbanding dilaporkan sebelum ini.

“Ini bermaksud jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah RM19,248 juta (RM19.24 bilion) dan bukannya RM17,911 juta (RM17.91 bilion),” katanya dalam sesi penerangan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Minggu lalu, Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Cukai Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 melaporkan bahawa baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah RM1.48 bilion.

Selain itu, beliau mendakwa kononnya dana sebanyak RM19.4 bilion dalam tabung tersebut telah ‘dirompak’ oleh kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN).

Guan Eng menambah, menerusi rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang di­sahkan jumlah tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST lebih daripada dua minggu adalah RM19.4 bilion sehingga 31 Mei lalu.

Beliau berkata, tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai Kerajaan Persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran yang berleluasa dan pertambahan hutang yang besar.

“Saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang Dipertua atas kesilapan ini.

“Akan tetapi, adalah lebih baik kami telus, jujur dan berterus-terang dengan dewan yang mulia ini daripada menyembunyikan perkara sebegini seperti kerajaan yang lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment